Faisal Halim dalam keadaan kritikal

PETALING JAYA: Keadaan fizikal tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim agak kritikal ketika ini selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, tangan kiri pemain berusia 26 tahun itu agak parah dan sukar untuk bergerak.

“Selepas menjalani pembedahan, keadaan Faisal dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.



“Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama (di Damansara) untuk menerima rawatan awal doktor (di sana) melihatnya mungkin melecur tahap dua.

“Namun, selepas dipindahkan ke hospital (di Shah Alam) dan rawatan susulan mendapati lecur berada pada tahap empat.

“Dia (Faisal) juga ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan dia mengerang kesakitan,” katanya.

Dalam insiden di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, Ahad lepas, Faisal yang mesra dengan gelaran Mickey disimbah asid oleh individu tidak dikenali hingga mengakibatkan kelecuran tahap dua di beberapa bahagian badannya.



Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota dalam insiden di Terengganu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]



Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker