Bukit Aman siasat pegawai kanan didakwa punyai jam Rolex

Bukit Aman siasat pegawai kanan didakwa punyai jam Role

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman, Azri Ahmad memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atas seorang pegawai kanan polis yang didakwa memiliki gaya hidup mewah serta “mempunyai dua utas jam tangan Rolex.”

“Hasil siasatan awal mengesahkan bahawa kedua-dua jam tangan tersebut dibeli menggunakan duit hadiah pemberian oleh ibu dan mendiang bapanya yang merupakan seorang ahli perniagaan berjaya,” katanya pada satu kenyataan hari ini.



Azri berkata jabatannya akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng meminta pihak polis memberikan penjelasan bagaimana seorang pegawainya mampu memiliki jam tangan mewah bernilai ratusan ribu ringgit.

Ini selepas seorang isteri pegawai polis didakwa di mahkamah majistret di Ipoh baru-baru ini atas tuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.

“Anggaran harga bagi dua buah jam yang telah dicuri adalah RM207,000 bagi Sky Dweller manakala RM198,000 bagi GMT Master-II 9,” kata Lim.



Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bergelar Datuk didakwa mencuri jam tangan Rolex Sky-Dweller (Model 326135) dan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada bulan Januari 2021.

Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif. Mk

Bukit Aman siasat pegawai kanan didakwa punyai jam Rolex



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker