Risiko dikejar ‘penyondol’, Sweet percayakan Adam

Isu ‘penyondol’ iaitu perlakuan artis wanita berstatus bujang cuba rapat dengan teman gandingan yang juga suami orang di set penggambaran, tidak menggugat kepercayaan Sweet Qismina, 25, terhadap suami yang juga pelakon, Adam Lee, 27.

Baru setahun mendirikan rumah tangga, Sweet berkata, apa yang penting adalah kepercayaan dalam hubungan suami isteri.

Sweet mengaku memerhatikan karakter Adam ketika mereka berada di lokasi penggambaran sebelum membuat keputusan berkahwin dengannya.



“Ketika mula kenal Adam, saya sudah perhatikan perangainya. Apakah dia suka ‘flirt’ (menggatal) di set penggambaran atau bagaimana?

“Namun, daripada pemerhatian Sweet, Adam lebih suka buat hal sendiri. Apabila dapat skrip, biasanya Adam kaji dan beri sepenuh perhatian kepada kerja.

“Jadi, saya lihat Adam ada persamaan dengan sikap Sweet. Mungkin itu yang menyebabkan kami bertemu jodoh.

“Lagipun, kerjaya lakonan kami diuruskan oleh ibu Sweet. Jadi, sekiranya berlaku apa-apa di set penggambaran sama ada Sweet mahupun Adam, mama adalah orang pertama yang maklum apa yang berlaku,” katanya yang membawakan watak Oya dalam drama Cik Misi 123.



Bagi Sweet, suaminya telus dan sentiasa berkongsi perkembangan terkini setiap kali bekerja.

“Bagi saya, ini berkaitan isu kepercayaan. Sebelum bertunang, saya sudah kenal karakter Adam. Kami bercinta dua tahun sebelum buat keputusan hidup bersama,” katanya.

Sementara itu, Sweet atau nama sebenar, Farhanna Qismina Supandi menafikan meletak syarat penerbit perlu menggandingkan dirinya dan suami dalam mana-mana projek drama.

Sweet berkata, bagi drama Cik Misi 123, mereka menjalani penggambaran, dua tahun lalu, iaitu ketika belum berkahwin.



Sweet mengaku timbul rasa bimbang apabila drama lakonannya bersama Adam bakal ditayangkan satu persatu, tidak lama lagi. Namun, apakan daya, semua ‘job’ itu dilakukan ketika mereka berpacaran.

“Sweet dan Adam tidak pernah letak syarat penerbit wajib ambil kami berdua. Kami bimbang penonton rasa muak dan bosan apabila kerap lihat Sweet dan Adam.

Sweet dan Adam yang juga pelakon drama Bidadari Salju, mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober tahun lalu, iaitu pada hari lahir Sweet.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker