Menteri Komunikasi nafi tuduhan Anwar pernah kata Hamas pengganas

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengkategorikan Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

“Mana ada kenyataan baru-baru ini. Mana ada dia cakap, walaupun di Parlimen.

“Ini (dakwaan CLJ) satu sindiran, beliau tidak pernah menyindir (sedemikian). Kita mengutuk semua tindakan keganasan,” kata Fahmi yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan kepada media Malaysia mengenai kenyataan Concerned Lawyers for Justice (CLJ).



Dalam satu kenyataan CLJ mendakwa Anwar telah menyindir bahawa Hamas merupakan sebuah organisasi pengganas dan menyuarakan kekecewaan mereka terhadap perkara tersebut.

“Kami meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan dengan teliti implikasi kenyataannya dan menganggap perkara tersebut dengan perspektif yang seimbang dan berlandaskan fakta,” menurut kenyataan CLJ.

Fahmi kini di San Francisco merupakan antara delegasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30, yang berakhir hari ini.

– Bernama



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker