Selamba kencing di parkir pasaraya, macam anjing pulak bila tengok

Selamba kencing di parkir pasaraya, macam anjing pulak bila tengok

Seorang wanita merakam lelaki kencing pada dinding parkir bawah tanah sebuah pasaraya terletak di Subang Jaya pada malam, Khamis baru-baru ini.

Dalam video berdurasi itu 44 saat itu, wanita berkenaan menghampiri lelaki terbabit dan memberitahunya ada tandas di dalam bangunan pasaraya itu.



“Ya sorry,” kata lelaki berkenaan dan terus bergegas masuk ke dalam sebuah Mazda 3 yang sedang menunggunya.

Wanita yang merakam video mendekati kereta tersebut dan mendapati di dalamnya ada pemandu yang menunggu lelaki terbabit selesai ‘melepaskan hajat’.

apa lah yang teruk sangat sampai kena buang air dekat tempat parking. Toilet kan ada 😠
📹 agnesvanora pic.twitter.com/nvL0Qzy1wK
— 🇲🇾🇵🇸 (@localrkyt) November 17, 2023

Rakaman video itu telah mengundang kecaman netizen yang berasa jijik melihat lelaki terbabit selamba mengotorkan kawasan parkir dengan air kencingnya.



Ada juga warganet baru tersedar bahawa selama ini kawasan parkir berbau hancing rupa-rupanya disebabkan ada segelintir individu tidak sivik yang kencing di kawasan itu.

Lain kali jgn blur kn muka. Nak sangat kencing merata2 kan. Biar tepek gambar muka dekat sume mall larang orang sebegini masuk. Dasar pengotor.
— Hazel (@hazel_nuttyy) November 17, 2023

Patut lah kadang ada bau bau hancing, rupanya orang macam ni lah yang buat. Kereta mahal dah tapi sayang perangai macam bodoh.
— raimishak (@raimirusyaidii) November 17, 2023

Patutla parking mall banyak bau hancing, rupanya punca dari spesis tembak merata 😭
— Y A Y A (@ayabreaaa_) November 17, 2023



Pada akhir video berkenaan, lelaki yang kencing sesuka hati itu melambai tangan kepada wanita tersebut sambil kereta beredar meninggalkan kawasan parkir bawah tanah itu.

Wanita itu turut kongsikan gambar bahagian dinding parkir itu yang mempunyai kesan kotoran akibat dikencing lelaki terbabit. Kesan kotoran itu turut mengalir di atas permukaan lantai. Vc

Selamba kencing di parkir pasaraya, macam anjing pulak bila tengok

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker