Pilih Calon Puteri, Kepercayaan Pimpinan Suatu Penghargaan – Zahida

Pilih Calon Puteri, Kepercayaan Pimpinan Suatu Penghargaan – Zahida

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan meluahkan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi parti yang memberi peluang kepada calon Puteri untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau juga turut menjanjikan bahawa jentera Puteri akan melaksanakan kempen dengan sebaik mungkin bagi memberi kemenangan kepada calon sekaligus memastikan Barisan Nasional (BN) berupaya menubuhkan kerajaan negeri yang stabil.



“Saya hendak ucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan kerana memberi kepercayan kepada calon Puteri ini satu pengiktirafan dan kami akan membuat yang terbaik.

“Ini juga sebenarnya melihat dengan pertambahan pengundi muda yang ramai ini adalah salah satu faktor juga bila calon muda diketengahkan.

“Saya juga hendak berpesan kepada Puteri dan jentera untuk sentiasa menjaga prosedur operasi standars (SOP) memandangkan sekarang ini virus masih lagi berleluasa disamping berkempen kita kena jaga,” ujar beliau.



Sementara itu, Zahida juga turut meluahkan keyakinan sokongan rakyat kepada BN berdasarkan kemenangan yang diperolehi gabungan parti ini pada PRN di Melaka.

“Saya yakin sebab rakyat bijak menilai kita tahu Pakatan Harapan sebelum ini memberikan pelbagai janji manis yang dibuat terutama sekali kepada anak muda.

“Kali ini anak muda tidak akan membiarkan diri mereka tertipu untuk kali kedua dan insya-Allah bila tengok mood berjumpa dengan mereka begitu positif dan yakin untuk memberikan mandat kepada BN,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib



Pilih Calon Puteri, Kepercayaan Pimpinan Suatu Penghargaan – Zahida

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker