Siri filem James Bond terus dibikin hingga 2037

Siri filem James Bond terus dibikin hingga 2037

Filem James Bond akan terus ditayangkan di pawagam sehingga sekurang-kurangnya tahun 2037, selepas satu perjanjian baharu ditandatangani.

Memetik laporan Mirror, francais perisikan popular yang pertama kali disiarkan pada tahun 1962, didakwa sudah memeterai perjanjian dengan studio Warner Bros untuk membikin filem hingga ulang tahun ke-75.



Walaupun ia dianggap sebagai berita baik bagi para peminat filem James Bond, namun belum dapat dipastikan siapa yang bakal memegang watak ejen MI6 selepas pelakon Idris Elba menolak tawaran tersebut.

Seorang sumber mengesahkan filem itu akan terus muncul sehingga sekurang-kurangnya 15 tahun lagi.

“Bond sudah tentu akan berada dalam kesihatan yang baik dan kuat pada usia 75 tahun.

“Dia tidak akan berhenti daripada menggunakan sut kot dan martininya,” katanya.



Tambahnya, kesepakatan baharu itu merupakan ‘berita gembira untuk para peminat’ filem tersebut yang akan membolehkan francais berkenaan melangkah melepasi filem ke-27.

Ia berlaku ketika Idris menolak tawaran untuk memegang watak James Bond dengan menyatakan dia terlalu tua untuk membawa peranan berkenaan.

Sebelum ini, nama pelakon itu disebut-sebut sebagai pengganti watak ejen 007 yang ditinggalkan oleh Daniel Craig. Utusan

Siri filem James Bond terus dibikin hingga 2037




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)



Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker