Duit datang dari mana?, Mahathir soal Anwar

Duit datang dari mana?, Mahathir soal Anwar

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempersoalkan tindakan Kerajaan Perpaduan membentangkan Belanjawan 2023 sejumlah RM388.1 bilion.

Menyifatkan ia sebagai belanjawan terbesar negara setakat ini, Dr Mahathir yang dua kali menjadi Perdana Menteri, mempersoalkan dari mana kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperoleh dana itu sedangkan negara ketika ini berdepan hutang mencecah RM1.5 trilion.

Beliau berkata, ia berikutan kutipan hasil negara kurang sebanyak RM90 bilion.

“Bajet ini cukup besar… yang terbesar sekali dalam sejarah negara.

“Duit banyak nak belanja tetapi duit datang dari mana? Kutipan kurang RM90 bilion daripada ‘fund’ kerajaan.

“Jadi saya percaya mereka akan pinjam. Sekarang kita dah pinjam RM1.5 trilion. Ini nak hutang lagilah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Kad Keahlian dan Watikah Penasihat PUTRA, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Presiden PUTRA, Datuk Ibrahim Ali dan Timbalannya, Tan Sri Mohd Khalid Mohd Yunus.

Dr Mahathir berkata, hutang negara RM1.5 trilion itu akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Beliau berkata, ketika ini kerajaan membayar RM40 bilion bunga daripada pinjaman berkenaan.

“Bukan pokok. Pokok duk besar tu jalah. Dan kita nak hutang lagi. Pikir tengoklah apa akan jadi kepada negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, hasil Kerajaan Persekutuan dijangka berkurang secara marginal sebanyak satu peratus kepada RM291.5 bilion, berikutan hasil bukan cukai yang dianggarkan berkurang pada 2023 susulan harga minyak mentah dunia yang lebih rendah. BH

Duit datang dari mana?, Mahathir soal Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker