Tiga anak sudah pergi selamanya, kini hanya tinggal seorang – Ibu pelajar maut dihempap pokok kelapa

Tiga anak sudah pergi selamanya, kini hanya tinggal seorang – Ibu pelajar maut dihempap pokok kelapa

Tiga anak sudah pergi selamanya, kini hanya tinggal seorang - Ibu pelajar maut dihempap pokok kelapa
Raja Ruhana menunjukkan gambar arwah Nik Mohd Haiqal yang maut dihempap pokok kelapa yang tumbang akibat ribut di kawasan tali air belakang SK Gunung, hari ini. – NSTP/NOR AMALINA ALIAS

BACHOK: “Daripada empat anak, kini saya hanya tinggal ada seorang anak,” kata Raja Ruhana Raja Mejan.

Raja Ruhana, 53, adalah ibu kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nik Mohd Haiqal Abdul Rahim, 17, yang maut akibat dihempap pokok kelapa dalam kejadian ribut di kawasan tali air belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung, di sini, hari ini.

Insiden kira-kira jam 6 petang itu berlaku ketika mangsa bersama rakannya, Ahmad Iqbal Mukmin, 17, sedang menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss sebelum ribut menyebabkan sebatang pokok kelapa setinggi 10 meter (m) tumbang lalu menghempap mereka.

Nik Mohd Haiqal dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala, manakala Ahmad Iqbal yang membonceng motosikal itu pula dipercayai parah pada bahagian tengkuk.

Raja Ruhana memaklumkan sebelum ini, beliau kehilangan anak sulung ketika masih bayi, disusuli anak kedua yang meninggal dunia pada usia lima tahun akibat penyakit jantung.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Kunci Kemajuan, Kekalkan Stabiliti Demi Masa Depan Negeri Johor


Kali ini, beliau berkata, mereka sekeluarga diuji pula dengan pemergian Nik Mohd Haiqal yang juga anak bongsu daripada empat beradik.

“Kini, hanya tinggal anak ketiga… saya masih terkejut dengan kejadian tiba-tiba ini.

“Ketika tiba di tempat kejadian tadi, jasad anak sudah ditutupi kain dan saya faham dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Bachok, malam ini.

Raja Ruhana berkata, arwah memang biasa keluar bersiar-siar setiap petang dengan membawa Ahmad Iqbal yang juga rakan baiknya.

Bagaimanapun, beliau berkata, arwah sempat menduduki peperiksaan percubaan SPM bagi kertas Bahasa Melayu, pagi tadi, dan tiada menunjukkan sebarang perubahan pelik.

Ahmad Iqbal yang dikatakan masih bertongkat kerana patah kaki akibat kemalangan sebelum ini juga adalah rakan sekelas arwah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab


Ahli keluarganya memaklumkan bahawa Ahmad Iqbal turut mengalami muntah darah tetapi berada dalam keadaan sedar, susulan kejadian itu.

Sementara itu Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah) Jabatan Pendidikan Kelantan, Azhan Anuar, serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Bachok, Dr Mohamad Ilmee Mohamad Zin, turut meluangkan masa menziarahi keluarga dan mangsa di hospital, malam ini.

Tiga anak sudah pergi selamanya, kini hanya tinggal seorang – Ibu pelajar maut dihempap pokok kelapa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker