Pelajar maut, rakan parah dihempap pokok tumbang dibadai ribut 5 minit

Pelajar maut, rakan parah dihempap pokok tumbang dibadai ribut 5 minit

Pelajar maut, rakan parah dihempap pokok tumbang dibadai ribut 5 minit
Seorang pelajar Tingkatan Lima maut, manakala rakannya parah akibat dihempap pokok kelapa dalam kejadian ribut di kawasan tali air belakang SK Gunung, Bachok, hari ini. – Foto ihsan pembaca

BACHOK: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut, manakala rakannya parah akibat dihempap pokok kelapa dalam kejadian ribut di kawasan tali air belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung, di sini, hari ini.

Insiden kira-kira jam 6.00 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss sebelum ribut menyebabkan sebatang pokok kelapa setinggi 10 meter (m) tumbang lalu menghempap mereka.

Penunggang motosikal itu, Nik Mohd Haiqal Abdul Rahim, 17, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada bahagian kepala, manakala pembonceng, Ahmad Iqbal Mukmin, 17, dipercayai parah pada bahagian tengkuk.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, ketika mengesahkan kejadian itu berkata mangsa cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Bachok untuk rawatan lanjut, manakala mayat rakannya turut dibawa ke hospital bagi bedah bedah.

Sementara itu, Penghulu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Permatang Pasir, Nor Azman Mohamad, 52, berkata lokasi kejadian berkenaan adalah laluan harian penduduk kampung, terutama pelajar sekolah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Kunci Kemajuan, Kekalkan Stabiliti Demi Masa Depan Negeri Johor


Beliau berkata, insiden dipercayai berlaku ketika ribut kuat melanda kawasan terbabit selama kira-kira lima minit.

“Ini adalah kali pertama berlaku kejadian pokok tumbang dan menyebabkan kematian di sini,” katanya.

Ketika insiden, beliau berkata, mangsa yang maut sedang membawa rakan dipercayai masih bertongkat kerana baru sembuh daripada kemalangan yang menyebabkan kakinya patah.

Pelajar maut, rakan parah dihempap pokok tumbang dibadai ribut 5 minit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker