Pandu melulu 15km dikejar polis, 2 lelaki warga asing ditahan

Pandu melulu 15km dikejar polis, 2 lelaki warga asing ditahan

Pandu melulu 15km dikejar polis, 2 lelaki warga asing ditahan

PETALING JAYA: Dua lelaki warga asing ditahan di Jalan Teknologi, Kota Damansara di sini, hari ini, selepas kereta dinaiki mereka dipandu secara agresif serta berbahaya sejauh kira-kira 15 kilometer (km) ketika dikejar polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.16 tengah malam.

Dalam insiden itu, beliau berkata, sebuah kereta peronda polis mengejar Honda Jazz dinaiki suspek di Bulatan Subang Airport menghala ke Sungai Buloh.

“Suspek memandu secara agresif dan berbahaya sejauh 15km sebelum berjaya ditahan.

“Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati seorang daripada suspek ditahan itu positif tetrahydrocannabinol (THC),” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu atau gopoh serta berbahaya.

“Dua suspek terbabit direman selama dua hari hingga esok untuk membantu siasatan lanjut, manakala dua suspek yang masih bebas sedang giat dikesan,” katanya.

Shamsudin berkata, orang ramai dinasihat tidak menyebarkan maklumat tidak tepat dalam media sosial dan tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar berhubung insiden itu.

Katanya, saksi yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Pandu melulu 15km dikejar polis, 2 lelaki warga asing ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker