KPDN rampas 10,500 jersi bola sepak tiruan bernilai RM375,000
KPDN rampas 10,500 jersi bola sepak tiruan bernilai RM375,000

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas 10,500 jersi bola sepak tiruan gred pertengahan dengan nilai keseluruhan RM375,000 dalam serbuan di sebuah bengkel besi, di sini hari ini.
Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Sabri Seman berkata operasi yang dijalankan pada 3 petang di premis yang disewa sekitar RM2,000 sebulan itu menemukan sebuah stor simpanan yang dijadikan lokasi penjualan jersi tiruan, yang bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.
Beliau berkata serbuan dilakukan hasil risikan dan siasatan KPDN selama seminggu dengan kerjasama wakil pemilik cap dagang.
“Premis ini dijadikan sebagai stor penyimpanan serta pusat operasi bagi melakukan aktiviti jualan secara langsung di media sosial dan pembungkusan untuk dipos terus kepada pembeli.
“Berdasarkan siasatan awal, sindiket ini dipercayai memperoleh bekalan jersi berkenaan dari China pada harga kos sekitar RM6 sebelum ia dijual semula kepada pengguna dan peniaga kecil secara dalam talian pada harga RM30 hingga RM50 sehelai,” katanya pada sidang media di lokasi operasi hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Realistik, Mampu Pacu Johor Ke Arah Maju 2030 – Syed Hussien
- Bertembung Di Pasar Malam, Ramlee Tetap Fokus Pertahan Kempas
- Titah Sultan Selangor Dedah Hakikat Sebenar Projek LRT3 – Mohd Razlan
Perpaduan Kunci Kemajuan, Kekalkan Stabiliti Demi Masa Depan Negeri Johor
Sabri berkata dalam serbuan itu tiga pekerja warga tempatan berumur lingkungan 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan selain KPDN giat mengesan pemilik sebenar premis serta dalang utama aktiviti itu.
Beliau berkata aktiviti penguatkuasaan dipergiat berikutan trend peningkatan penjualan jersi bola sepak tidak sah sempena musim kejohanan Piala Dunia yang sedang berlangsung ketika ini.
“KPDN memandang serius aktiviti ini dan tindakan tegas tidak hanya terhad pada musim sukan tertentu sahaja kerana penjualan barangan tiruan bukan sahaja mencabuli hak pemilik cap dagang, malah mengelirukan pengguna serta memberi implikasi negatif terhadap ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kesemua barangan yang disita akan dibawa ke stor simpanan eksklusif untuk proses pengesahan rasmi oleh pemilik cap dagang sebelum tindakan lanjut diambil.
– BERNAMA
KPDN rampas 10,500 jersi bola sepak tiruan bernilai RM375,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengundi Johor Diseru Nilai Rekod Kerajaan, Bukan Persepsi
- BN Perlu Mandat Lebih Besar Demi Masa Depan Negeri Johor
- MARA Komited Perluas Akses Pendidikan, Buka Peluang Generasi Muda Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry
You must be logged in to post a comment.