Pukul banduan: Lima wadar Penjara Taiping didakwa esok
Pukul banduan: Lima wadar Penjara Taiping didakwa esok

KUALA LUMPUR: Lima wadar Penjara Taiping akan didakwa di Mahkamah Majistret Taiping, Perak, esok, kerana menyebabkan kecederaan terhadap tiga banduan pada Januari tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, berkata keputusan itu dibuat selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dikembalikan pada 29 Jun lalu dengan arahan supaya kelima-lima wadar terbabit didakwa.
Beliau berkata seorang wadar akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
“Dua lagi wadar akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana dengan niat bersama sengaja menyebabkan kecederaan.
“Dua lagi pula akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana dengan niat bersama sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Realistik, Mampu Pacu Johor Ke Arah Maju 2030 – Syed Hussien
- Bertembung Di Pasar Malam, Ramlee Tetap Fokus Pertahan Kempas
- Titah Sultan Selangor Dedah Hakikat Sebenar Projek LRT3 – Mohd Razlan
Perpaduan Kunci Kemajuan, Kekalkan Stabiliti Demi Masa Depan Negeri Johor
“Pertuduhan akan dibuat pada 3 Julai 2026 jam 9 pagi di Mahkamah Majistret Taiping, Perak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pertuduhan terhadap lima wadar itu membabitkan tiga banduan yang mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan.
Katanya, sebelum ini seorang wadar penjara didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada 19 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kematian orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada membunuh, susulan insiden sama yang menyebabkan seorang banduan maut.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau memanipulasi fakta memandangkan prosiding pertuduhan dan perbicaraan jenayah akan bermula, selain menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini.
Pukul banduan: Lima wadar Penjara Taiping didakwa esok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengundi Johor Diseru Nilai Rekod Kerajaan, Bukan Persepsi
- BN Perlu Mandat Lebih Besar Demi Masa Depan Negeri Johor
- MARA Komited Perluas Akses Pendidikan, Buka Peluang Generasi Muda Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry
You must be logged in to post a comment.