Tuan Ibrahim cuba tegakkan benang yang basah, pertahan kebidaban Sanusi

Tuan Ibrahim Tuan Man tampil mempertahankan menteri besar sementara Kedah, Sanusi Md Nor selepas pemimpin PAS itu dikritik dan dilapor kepada pihak berkuasa atas kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor baru-baru ini.

Berucap dalam program rapat perdana Pidato Kebangkitan Rakyat Gombak di Taman Samudera, malam tadi, timbalan presiden PAS itu berkata ucapan Sanusi berkait pelantikan menteri besar Selangor diputar belit media.

“Kita lihat serangan khusus soal peribadi yang berlaku dalam ucapan menteri besar Kedah… Soal pelantikan menteri besar bukan nak hina Raja-Raja, Sultan Selangor atau negeri-negeri lain.



“Tidak timbul pun.. ini soal percaturan politik bukan melibatkan pihak istana tetapi cuba kaitkan dengan istana. Berita itu ‘dispin‘ (putar belit),” katanya.

Hadir sama ketua penerangan dan juga pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali, bekas ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa, bekas pengerusi BN Selangor Noh Omar, Yang Dipertua PAS Gombak Salehuddin Nasir dan penyandang Adun Gombak Setia, Hilman Idham.

Sanusi baru-baru ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung pemilihan menteri besar negeri itu.

Menerusi video ucapan yang tular di media sosial, Sanusi dilihat membandingkan Sultan Kedah dan Sultan Selangor, dengan mengatakan Sultan Selangor memilih menteri besar yang “cokia”.



“Bukan koman-koman (lekeh), sultan setara itu hangpa bayang dan tengok menteri besar (merujuk dirinya), sultan hebat macam itu tak akan pilih menteri besar cokia macam Amir (Amirudin). Inci pun tak berapa cukup,” katanya.

Berikutan itu, beberapa ahli PKR membuat laporan polis terhadap pemimpin PAS itu.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain pada Khamis lalu berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Sanusi.

Razarudin memberitahu pemberita bahawa kes Sanusi disiasat oleh pasukan petugas khas yang mengendalikan kes 3R (agama, raja dan kaum).



Bagaimanapun, Sanusi tampil memohon ampun dan maaf kepada Sultan Selangor serta menjelaskan maksud sebenar ucapannya dalam satu ceramah, yang didakwa telah diputar belit.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim memuji sikap Sanusi yang berani memohon maaf kepada Sultan Selangor.

“Saya sanjung tinggi walaupun berita ‘dispin‘ media, tetapi Sanusi utus surat memohon maaf memaklumkan apa berlaku tidak ada niat (hina Sultan Selangor),” katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata serangan bertali arus dilihat dilakukan terhadap Sanusi berikutan percaya menteri besar Kedah itu seorang yang hebat dari segi kepimpinan di negeri itu.



Tuan Ibrahim mendakwa disebabkan itu Pakatan Harapan (PH) memberi tumpuan yang lebih kepada negeri Jelapang Padi itu dan tidak menumpukan kempen di Kelantan dan Terengganu.

“Serangan bertali arus terhadap menteri besar Kedah, Sanusi ini. Siang malam (Sanusi) cakap sahaja.. kena serang.

“Seolah pilihan raya ini Sanusi seorang. Pasal apa? Hebatnya bukan kepimpinan tetapi pencapaian sampai ke Kedah. Mereka macam tak fokus di Kelantan. Saya turun ke Kelantan tak ada ceramah PH.

“Di Terengganu demikian juga.. mereka cuba serang Kedah,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker