Mangsa kebakaran terjun dari tingkat 4 selamatkan diri

Seorang lelaki duduk di tingkat empat sebelum terjun dari sebuah bangunan terbakar di Bengaluru semalam. – Foto Twitter

Seorang pemuda nekad terjun dari tingkat empat bagi menyelamatkan diri selepas sebuah bangunan terbakar di Bengaluru, negeri Karnataka semalam, demikian menurut polis seperti dilaporkan laman berita Wion News.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan berada dalam keadaan selamat selepas terjun, namun dia sedang dirawat di sebuah hospital.

Dalam kejadian itu, dua individu mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat, manakala kebakaran berlaku sekitar waktu tengah hari.

Menurut laporan, api menjadi marak yang dipercayai dicetuskan daripada beberapa tong silinder gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan.



Lapan buah jentera bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api sebelum usaha itu berjaya dilakukan. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker