Jangan terlalu tegar terhadap minyak sawit, Anwar beritahu EU

Jangan terlalu tegar terhadap minyak sawit, Anwar beritahu EU

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merayu Kesatuan Eropah (EU) “tidak begitu tegar” dengan peraturan penebangan hutan sehingga melaksanakan sekatan terhadap eksport minyak sawit Malaysia.

Sejak itu, katanya, menjadi cabaran untuk mengeksport produk minyak sawit ke Eropah “kerana sekatan yang dikenakan ke atas kami”.



“Ia bukan untuk satu wilayah mengenakan (sekatan sedemikian), kami fikir ia tidak adil dan akan menjejaskan kemajuan serta pembangunan ekonomi kita,” katanya.

“Untuk berlaku adil kepada rantau ini, saya menjelaskan kita telah mengambil semua langkah perlu, penghutanan semula, termasuk kawasan tanah gambut.

“Mereka sepatutnya membenarkan kita berfungsi secara ekonomi dan tidak terlalu tegar,” katanya pada sidang media bersama Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier yang dalam lawatan rasmi dua harinya ke Malaysia.

Disember lalu, EU bersetuju dengan undang-undang penebangan hutan yang memerlukan syarikat menunjukkan komoditi mereka tidak ditanam atas tanah yang ditebang selepas 2020, atau berisiko dikenakan denda tinggi.



Anwar berkata, Malaysia bimbang dengan perubahan iklim, namun rundingan perlu dilakukan.

EU adalah pasaran minyak sawit ketiga terbesar untuk Malaysia.

Petronas berminat eksport lebih banyak gas ke Jerman

Anwar berkata, Petronas berminat mengembangkan eksport gas asli cecair (LNG) ke Jerman kerana bekalan gas ke Eropah terjejas akibat perang di Ukraine, yang menyebabkan Rusia memotong bekalan ke EU.



Katanya, perkara lain yang dibincangkan dengan Steinmeier termasuk tahap Islamofobia yang semakin meningkat di beberapa bahagian Eropah, konflik Rusia-Ukraine serta pelaburan dan pembangunan di negara itu.

Steinmeier berkata, syarikat Jerman komited terhadap pelaburan di Malaysia. Terdapat 700 syarikat Jerman di Malaysia yang mengambil kira-kira 65,000 rakyat Malaysia.

“Kami ingin meningkatkan hubungan kami dan Malaysia boleh menjadi tempat di mana syarikat Jerman berkembang,” katanya.

Jerman ialah rakan dagang terbesar Malaysia dari EU. Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat 10.9% kepada RM59.87 bilion berbanding RM53.99 bilion pada 2021. FMT



Jangan terlalu tegar terhadap minyak sawit, Anwar beritahu EU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker