Mansuh pertandingan, majlis untuk elak tambah beban guru – Fadhlina

Mansuh pertandingan, majlis untuk elak tambah beban guru – Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru bermula sesi persekolahan 2023/2024.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam kenyataan malam ini berkata, contohnya pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan seumpamanya.



Katanya, keputusan itu antara tujuh langkah segera yang diambil dalam teras kelima KPM memfokuskan isu kebajikan, termasuk tekanan dihadapi guru, hasil daripada laporan awal diterima.

“Semua langkah ini akan diperincikan pengurusan tertinggi KPM dan dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2023/2024. KPM sentiasa komited memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara.”

Beliau berkata, antara langkah lain yang diputuskan ialah mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan (SKPM) melibatkan guru kepada setahun sekali saja.

“Langkah lain ialah menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid lebih fleksibel kepada guru, iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang, bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem.”



Selain itu, katanya, pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pendidikan tinggi (IPT).

Bagaimanapun, Fadhlina berkata, mereka tetap perlu memenuhi kriteria ditetapkan.

KPM juga, katanya, akan mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah, selain menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM bagi memastikan ia kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.

Langkah ketujuh, kata Fadhlina, ialah memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan. FMT



Mansuh pertandingan, majlis untuk elak tambah beban guru – Fadhlina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker