Menjelang PRN: Parti komponen BN bincang agihan kerusi malam ini

 

Satu perbincangan melibatkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) akan berlangsung pada malam ini bagi membincangkan agihan kerusi-kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertemuan yang diadakan di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu bertujuan bagi mendengar pandangan daripada semua parti komponen berhubung kerusi-kerusi yang boleh dipertimbangkan untuk mereka dalam PRN di enam negeri itu.



“Namun kita berpandangan realiti politik baharu, kita harus lihat kebersamaan parti-parti yang berada di dalam kerajaan Madani ini.

“Sebahagian besar parti-parti itu adalah parti semenanjung maka kebersamaan, kesefahaman dan juga keserasian parti-parti itu amat penting.

“Maka kita akan berhimpun pada 14 Mei nanti dan kita akan melihat kenyataan parti-parti gabungan dalam kerajaan Madani ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 di Surau Ar Rahman, Menara Dato Onn, WTCKL pada Khamis.



Pada Ahad, wakil Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan memutuskan beberapa perkara melibatkan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dalam masa yang terdekat, kata Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, antara perkara yang akan diputuskan itu melibatkan pembahagian kerusi, calon dan strategi bagi kempen PRN tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai ucapan amanat Ahmad Zahid berhubung politik pihak pembangkang, Ahmad Zahid menyifatkan gabungan politik kahwin muta’ah (kontrak/sementara) itu dilihat tidak akan bertahan lama.

“Kita mendengar bahawa perkahwinan muta’ah (kontrak/sementara) politik itu pasti dalam bentuk sementara.



“Kita tunggulah apabila retak menjadi belah,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar



Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker