Kemalangan: 13 Cedera Babitkan Lima Kenderaan di PLUS

Kemalangan: 13 Cedera Babitkan Lima Kenderaan di PLUS

SLIM RIVER: Seramai 13 orang, termasuk seorang warga Indonesia, cedera dalam nahas jalan raya membabitkan lima kenderaan di Kilometer 357 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, lewat tengah malam tadi.

Kemalangan turut menyebabkan dua daripada lima kenderaan terbabit terbalik, tetapi tidak mengakibatkan kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.53 malam pada Jumaat.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan 13 mangsa.

“Dua daripada lima kenderaan itu terbalik dan kesemua mangsa mengalami cedera ringan serta tidak tersepit.

“Mangsa keluar sendiri dari kenderaan dan ada di antaranya dibantu orang awam yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

“Proton Perdana dinaiki tiga lelaki dan seorang perempuan, Perodua Bezza melibatkan seorang lelaki. Proton Wira pula dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita warga Indonesia.

“Audi pula dinaiki seorang lelaki dan Honda HRV melibatkan dua lelaki dan tiga wanita,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, anggota bomba memberi rawatan awal kecemasan kepada mangsa yang menaiki Proton Wira sebelum dia dibawa ke Hospital Slim River bagi rawatan susulan.

Mangsa lain turut dibawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tindakan sama.

Operasi yang diketuai PBK II Yussli Abdul Latiff itu tamat sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam.-AA

Kemalangan: 13 Cedera Babitkan Lima Kenderaan di PLUS

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker