Tanah Lapangan Terbang: Saya Wajib Beri Kerjasama Kepada SPRM – Ahmad Faizal

Tanah Lapangan Terbang: Saya Wajib Beri Kerjasama Kepada SPRM – Ahmad Faizal

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan kesediaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penjualan tanah bagi tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Bekas menteri besar Perak itu berkata, sebagai rakyat Malaysia, beliau wajib memberi kerjasama bagi membantu siasatan pihak berkuasa.



Bagaimanapun, beliau membidas bekas exco kerajaan negeri itu yang mendakwa kononnya tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

“Waktu saya menjadi Menteri Besar, exco saya yang kononnya tak tahu menahu tentang ada tapak lapangan terbang lain, (mendakwa) tak dibincangkan tanah nak dijual dan sebagainya, dia sendiri yang mengumumkan untuk membesarkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

“Apakah exco yang saya pimpin pada ketika itu tak bijak, sehinggakan nak besarkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, dalam masa yang sama, tak tahu tentang apa yang terjadi, kepada kononnya nak diadakan lapangan terbang di Seri Iskandar?” soal beliau.

Beliau ditemui ketika majlis kembara sahur bersama Funriders di Tambun dekat sini awal pagi ini.

Menurut Ahmad Faizal, beliau sebenarnya tidak berminat untuk memberi sebarang ulasan kepada pihak media kerana ia masih dalam siasatan SPRM.



Bagaimanapun, beliau memohon agar SPRM menyiasat isu itu sedalam-dalamnya dan mendedahkannya kepada orang ramai.

Isu penjualan tanah lapangan terbang terbabit timbul selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong Nga Kor Ming pada sidang DUN Perak Mac lalu, mendakwa tanah itu sudah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kemudiannya memaklumkan, penjualan tanah berkenaan dilakukan ketika di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, kepada syarikat swasta, untuk tujuan pembangunan bercampur.-AA

Tanah Lapangan Terbang: Saya Wajib Beri Kerjasama Kepada SPRM – Ahmad Faizal



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker