Cuba Rasa Malu Jika Makan Depan Orang Dan Tunjuk Teladan Baik Seperti Latih Anak-Anak Berpuasa



Cuba Rasa Malu Jika Makan Depan Orang Dan Tunjuk Teladan Baik Seperti Latih Anak-Anak Berpuasa

MENDIDIK anak berpuasa adalah suatu perkara yang sangat baik kerana ia menunjukkan bahawa ibu bapa tersebut prihatin dalam memastikan anak-anak mudah untuk mengikut segala perintah Allah.

Bagi anak-anak yang pernah berpuasa di bulan Ramadan pada tahun sebelum ini, mereka tetap berdepan cabaran meskipun dengan cara berbeza. Dalam Islam, puasa merupakan rukun Islam yang ketiga wajib ditunaikan mengikut syaratnya oleh setiap yang bergelar Islam.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan kepada mereka yang sebelum daripada kamu supaya kamu menjadi orang yang bertakwa.”

Namun, anak-anak yang berumur sembilan tahun tidaklah diwajibkan menunaikan ibadah puasa kerana dia masih lagi belum mencapai akil baligh. Justeru, ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak tersebut dalam perkara ibadah.




Terdapat hadis Rasulullah yang menceritakan sahabatnya mendidik anak-anak mereka berpuasa ketika masih kecil. Sabda Rasulullah:

Maksudnya: “Barangsiapa yang bangun pagi berpuasa (tanpa makan) hendaklah dia menyempurnakan puasanya, dan barangsiapa yang bersarapan paginya hendaklah dia menyempurnakan sisa hari itu (tanpa makan). Sahabat berkata; Kami kemudiannya berpuasa padanya (pada hari ‘Asyura) dan menjadikan anak-anak kami berpuasa. Kami pergi ke masjid dan membuat mainan daripada bulu untuk mereka dan apabila ada yang berasa lapar dan menangis untuk makanan, kami memberikan mereka mainan ini sehingga tiba waktu berbuka puasa”. [HR Muslim 1136]

Berdasarkan hadis, jelas bahawa mendidik anak-anak berpuasa akan mendapat pahala dan ia satu sunnah Rasulullah dan diamalkan oleh sahabat baginda.

Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengajar anak-anak tentang puasa yang sesuai dengan usia mereka. Antaranya ialah:

1. Kongsikan tentang puasa pada anak-anak

Jelaskan pada anak-anak bahawa puasa itu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi ada juga amalan lain seperti solat tarawih, sahur dan berbuka puasa.




Beritahu pada mereka bahawa puasa ini ibarat kita merasai kesusahan golongan yang kurang berkemampuan kerana tiada makanan untuk makan dan minum.

2. Latih puasa secara berperingkat

Melatih anak berpuasa separuh hari kemudian dipanjangkan tempohnya sedikit demi sedikit supaya anak tidak terkejut dengan keadaan ketika berpuasa.

3. Tidak memaksa

Ibu bapa jangan memaksa anak untuk berpuasa penuh jika anak masih kecil. Adalah lebih baik untuk mendidik mereka untuk cuba berpuasa mengikut kemampuan mereka.

4. Mengajar anak cara berniat puasa

Minta anak bacakan niat puasa berulang kali bersama kita. Selain itu, ibu bapa boleh menulis dan menampal bacaan niat di dinding bilik anak supaya mereka anak boleh menghafal niat puasa tersebut iaitu:

Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadan; Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.




5. Lakukan aktiviti seperti biasa bersama anak

Untuk melupakan anak-anak terhadap kepenatan puasa adalah dengan cara banyakkan bermain bersama mereka,membaca buku, menonton cerita yang bermanfaat dan lain-lain.

Namun jika mereka masih tidak larat untuk berpuasa, ajarkan mereka untuk tidur pada waktu terluang kerana ia juga merupakan ibadah.

6. Tanamkan rasa malu

Kadangakala anak kita masih belum mampu untuk berpuasa. Justeru, mereka perlu makan ketika orang lain sedang berpuasa. Didiklah anak untuk berakhlak mulia dengan ajarkan sifat malu untuk makan di depan orang yang sedang berpuasa.

7. Latih anak untuk sahur dan berbuka puasa bersama

Melatih anak bangun untuk bersahur sebelum masuk waktu Subuh kerana ada keberkatannya sebagaimana hadis Rasululllah yang bermaksud:

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” [HR Muslim 1095]




Selesai bersahur, kita ajaklah pula anak kita menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Seterusnya, jika sebelum ini kita selalu makan pada waktu yang berasingan bersama anak-anak kita, inilah masanya untuk kita mengeratkan hubungan bersama anak dengan meraikan mereka makan bersama apabila tiba waktu berbuka puasa walaupun anak kita tidak mampu untuk berpuasa penuh dalam sehari.

Bukan mudah sebenarnya bagi kanak-kanak untuk memulakan ibadah puasa lebih-lebih lagi ia merupakan perkara pertama kali yang ingin dilakukan dalam hidupnya tetapi dengan bimbingan, bantuan dan motivasi yang baik daripada ibu bapa, pasti anak-anak boleh lakukan.

Ajarkan mereka sesuatu perkara secara berperingkat, sedikit demi sedikit dan bukan secara paksaan yang akan membawa penyeksaan terhadap anak-anak.

Didiklah anak-anak supaya sentiasa mencintai Allah dengan mengikuti segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya agar hatinya sentiasa semangat untuk melakukan ibadah kepada Allah.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook 

Cuba Rasa Malu Jika Makan Depan Orang Dan Tunjuk Teladan Baik Seperti Latih Anak-Anak Berpuasa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.