Tengok Biasa Je Belanja Orang Berbuka Puasa, Tapi Sebenarnya Pahala Melimpah-Ruah

Tengok Biasa Je Belanja Orang Berbuka Puasa, Tapi Sebenarnya Pahala Melimpah-Ruah

DALAM bulan Ramadan, sebagai umat Islam kita digalakkan untuk mengikuti salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Galakan untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa ini adalah perkara yang terbit daripada hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid Al-Junai RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;

(Maksudnya): “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”

Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa menyebut: “Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun.”

Hal ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

Memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali.

(Maksudnya): “Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.”

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan apabila seseorang itu memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali.

“Pahala tersebut digandakan kepada 10 kali bagi setiap satu maka keseluruhannya dia akan mendapat 360 ganjaran dan ia merupakan jumlah hari dalam setahun mengikut kalendar hijrah,” jelasnya.

Imam al-Tabari menerangkan: “Barang siapa yang menolong seorang mukmin dalam melakukan amal kebaikan, maka orang yang menolong tersebut akan mendapat pahala sama dengan si pelaku kebaikan tadi. Rasulullah SAW memberi khabar bahawa orang yang mempersiapkan segala klengkapan perang bagi orang yang ingin berperang, maka dia akan mendapat pahala orang yang pergi berperang. Begitu pula orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa atau menyumbang tenaga melalui pengagihan makanan bagi orang yang berpuasa, maka dia pun akan mendapatkan pahala orang yang berpuasa.”

Antara sikap dan tokoh ulama dalam memberi makan orang yang berpuasa, antaranya;

1. Hasan al-Basri memberi makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.

2. Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.

3. Hammad menjamu setiap malam kepada orang ramai pada bulan puasa seramai 500 orang.

4. Abdullah bin Umar R.Anhuma berpuasa dan tidak berbuka kecuali bersama dengan fakir miskin.

Memberi kekenyangan adalah lebih afdhal, dan ganjaran pahala yang diperolehinya juga adalah lebih besar.

Sementara itu, Zulkifli berkata, para ulama berbeza pendapat tentang kadar dikira sebagai memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa.

Ini termasuklah adakah pahala memberi makan itu terhasil dengan hanya memberi sebiji kurma atau sebekas air atau memberi makanan yang menghasilkan kekenyangan kepada orang yang berbuka puasa.

Imam Ibn Muflih ketika menjelaskan hadith kelebihan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa di atas, berkata: “Yang zahir daripada pendapat para ulama adalah apa sahaja makanan sebagaimana zahir khabar (hadith) tersebut. Manakala pahala yang lebih besar sekiranya makanan tersebut memberi kekenyangan kepada orang yang berbuka.”

Hal yang sama juga dijelaskan oleh Imam al-Munawi, bahawa memberi makan orang yang berpuasa di sini boleh jadi dengan makna hidangan makan malam yang lengkap, atau dengan kurma. Jika tidak mampu dengan itu, maka boleh juga dengan seteguk air.

“Justeru, sekiranya seseorang itu memberikan makanan kepada orang yang berbuka puasa sama ada dengan sebiji tamar, segelas air, dan sebagainya maka sudah terhasil baginya pahala memberi makan kepada orang yang berbuka sebagai mana zahir hadith,” jelasnya lagi.

Kata Zulkifli, ganjaran pahala memberi makan kepada orang berpuasa akan diraih oleh sesiapa sahaja yang memberi makan kepada golongan yang berpuasa, dan dengan apa sahaja makanan yang dia mampu beri. Hal ini tanpa mengambil kira sama ada makanan tersebut adalah segelas air, sebiji kurma atau semangkuk bubur.

Namun begitu, orang yang memberi makan atau menyediakan juadah berbuka puasa yang berat, yang memberi kekenyangan adalah lebih afdhal, dan ganjaran pahala yang diperolehinya juga adalah lebih besar. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

(Maksudnya): “Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya, dan Allah akan memberikan dia minum daripada Haudh (telaga) ku dengan minuman yang akan menyebabkan dia tidak akan dahaga selamanya sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.”

“Ganjaran pahala juga akan terhasil untuk orang yang memberi makan kepada orang yang berbuka, sama ada makanan tersebut dimakan terlebih dahulu, atau terkemudian, selama mana masih dalam tempoh berbuka puasa,” katanya.

Tengok Biasa Je Belanja Orang Berbuka Puasa, Tapi Sebenarnya Pahala Melimpah-Ruah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker