SPRM siasat hakim Nazlan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

The Star melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan.

Katanya adalah prosedur biasa bagi SPRM untuk melakukan siasatan setiap kali laporan dibuat.



“Ya, kami telah memulakan siasatan kami. Prosedurnya adalah untuk menyiasat apabila laporan telah dibuat secara rasmi.

“Kami membuka kertas siasatan kerana ada laporan dibuat, bukan kerana dakwaan dibuat di portal atau media sosial,” katanya dipetik sebagai berkata.

Portal Malaysia Today milik blogger Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini mendakwa Nazlan mempunyai “kekayaan yang tidak dapat dijelaskan sumbernya”.

Nazlan kemudian membuat laporan polis berhubung artikel itu.



Sebelum ini, tersebar dakwaan bahawa Nazlan adalah saudara kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Anak perempuan Mahathir, Marina bagaimanapun menafikan perkara itu.

Pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak juga mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes 1MDB.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap Najib kerana rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.



Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu tahun lepas. Najib sedang merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta



Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker