Indonesia Terima Kuota Haji Tertinggi Tahun Ini

Indonesia Terima Kuota Haji Tertinggi Tahun Ini

RIYADH: Indonesia selaku negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia diperuntukkan kuota haji paling tinggi tahun ini iaitu 100,051 jemaah.

Ia diikuti Pakistan yang diperuntukkan 81,132 jemaah dan India di tempat ketiga dengan 79,237 jemaah.



Memetik laporan Saudi Gazette, Bangladesh akan menghantar jemaah haji keempat terbesar dengan kuota 57,585.

Negara Afrika pula, Angola berada di bahagian bawah senarai dengan jumlah paling rendah iaitu 23 jemaah. Di antara negara-negara Afrika, Nigeria mendapat bahagian terbesar seramai 43,008 jemaah.

Menurut sumber, kuota yang diperuntukkan untuk Amerika Syarikat ialah 9,504 jemaah manakala Russia (11,318), China (9,190), Thailand (5,885) dan Ukraine 91.

Seramai 850,000 jemaah asing akan dibenarkan menunaikan haji manakala jumlah jemaah dalam negeri dihadkan kepada 150,000.



Jumlah keseluruhan 850,000 jemaah haji asing adalah hanya 45.2 peratus daripada kuota sebenar jemaah haji yang diperuntukkan untuk setiap negara sebelum penularan pandemik COVID-19.

Kementerian Haji dan Umrah juga menetapkan terma dan syarat tertentu untuk jemaah haji asing bagi mengerjakan haji tahun ini.

Ini termasuk tidak membenarkan jemaah haji berusia 65 tahun ke atas dan jemaah haji perlu mengambil dua dos vaksin COVID-19. – AGENSI

Indonesia Terima Kuota Haji Tertinggi Tahun Ini



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker