Takkanlah BM Wan Saiful begitu lemah – Loke

Takkanlah BM Wan Saiful begitu lemah – Loke

Tidak ada siapa pun yang menjemput bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk menyertai DAP.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke secara sinis berkata, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mempunyai tahap kefahaman yang rendah terhadap Bahasa Melayu.



Sindiran Menteri Pengangkutan itu dibuat selepas Wan Saiful dilaporkan berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi Setiausaha Agung DAP.

“Hello Wan Saiful, janganlah perasan sangat. Tidak ada siapa pun jemput hang masuk DAP, apatah lagi jadi setiausaha agung.

“Takkanlah tahap pemahaman BM hang begitu lemah? Yang depa tanya hang Setiausaha Agung DAP itu adalah bahasa sindiran!” kata Anthony di media sosial.

Anthony sebelum ini meminta Wan Saiful supaya tidak mencampuri urusan DAP terutama dalam soal calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).



Beliau menasihati bekas Ketua Penerangan Bersatu itu supaya hanya menjaga urusan partinya sendiri berbanding hal ehwal parti lain.

“Saya tanya, adakah dia (Wan Saiful) Setiausaha Agung DAP, (maka) dia boleh tentukan calon kita?” sindir Anthony.

Sindiran Setiausaha Agung DAP itu kemudiannya dibalas oleh Wan Saiful.

“Apabila saya sebut buat kali pertama beberapa hari lepas, bahawa ada usaha dalam DAP untuk menukar Ketua Menteri, Anthony mengatakan bahawa, ‘Wan Saiful, adakah kamu Setiausaha Agung DAP?’



“Saya nak jawab kepada Loke pada malam ini, kalau bagi tawaran, kalau dibayar pun, sampai mati pun, saya tak ingin jadi Setiausaha Agung DAP,” kata Wan Saiful.

Wan Saiful berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional Parlimen Bangi, Jelajah Selangor Baharu malam tadi. MG

Takkanlah BM Wan Saiful begitu lemah – Loke

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin



Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker