Keluarga pemegang kunci Kaabah

Keluarga Bani al-Syaibah.

Keluarga pemegang kunci Kaabah

Kaabah merupakan kiblat utama bagi umat Islam. Bangunan berbentuk empat segi ini terletak di dalam Masjidil Haram Mekah yang dibangunkan sejak dari zaman Nabi Ibrahim a.s. Adapun bangunan ini telah dijaga oleh satu suku atau keluarga yang menjaga kuncinya dan mengganti kain penutupnya sejak turun temurun lagi.

Saat ini keluarga yang bertanggungjawab menjaga kunci Kaabah adalah keluarga atau suku dari Bani al-Syaibah. Mereka adalah keturunan dari Utsman bin Abi Talhah sejak dari enam belas abad yang lalu.



Ketika penaklukan kota Mekah, Ali bin Abi Thalib telah mengambil kunci Kaabah dari Uthman ibnu Talhah yang ketika itu masih belum memeluk Islam.

Apabila hal ini terjadi maka Allah S.W.T. menurunkan ayat berikut kepada Baginda s.a.w. dengan perintah untuk mengembalikan kunci tersebut kepada pemiliknya yang sah. Firman Allah surah an-Nisa’: 58,

“Sungguh Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat”

Usai turun ayat ini, maka Baginda s.a.w. memerintahkan Ali bin Abi Thalib agar mengembalikan semula kunci itu kepada Utsman bin Talhah dan meminta maaf atas perbuatannya. Tindakan Baginda s.a.w. dan Ali r.a. mengejutkan Utsman.



Baginya, bagaimana seorang penakluk Mekah ini sanggup mengembalikan kunci-kunci ini kepadanya semula sedangkan dia bukanlah seorang muslim. Saat memberikan kunci tersebut Ali r.a. memberitahukan kepada Utsman bahawa Allah ingin dia menjaga kunci-kunci tersebut.

Disebabkan tindakan Baginda s.a.w. dan Ali r.a. ini maka hati Utsman menjadi lembut dan dia dengan sendirinya terbuka hati untuk memeluk Islam dan mengucap syahadah. Maka itu sehingga ke saat ini Bani Syaibah menjadi penjaga kunci rumah Allah ini.

Kunci Kaabah

Meskipun Kerajaan Arab Saudi bertanggungjawab terhadap dua masjid yang agung ini iaitu Masjidil Haram Mekah dan Masjid Nabawi Madinah namun kunci Kaabah tetap menjadi tanggungjawab kepada Bani Syaibah.

Adapun pintu Kaabah secara rasminya dibuka hanya 2 kali setahun iaitu pertama ketika di bulan Syaaban di mana ketika itu mereka akan mencuci dan membersihkan Kaabah. Manakala kali yang kedua pada awal bulan Zulhijjah untuk tujuan mencuci, dan menggantikan kain kelambu Kaabah. Wallahu a’lam utv



Keluarga pemegang kunci Kaabah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker