Hishammuddin tak akan rayu, beri 4 sebab

Hishammuddin tak akan rayu, beri 4 sebab

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengulangi pendiriannya tidak akan merayu penggantungan keahliannya dalam parti.

Ahli Parlimen Sembrong itu mengemukakan empat sebab mengapa beliau memutuskan demikian sungguhpun ada cadangan daripada UMNO Johor supaya beliau membuat rayuan.



“Saya tak akan merayu. Apa sebabnya? Kerana saya tak tahu sebabnya saya digantung, betul tak? Sampai hari ini kita tidak tahu apa sebabnya saya digantung. Jadi nak rayu apa?

“Kedua, gantung tak ikut proses, tak ikut prosedur. Saya tak diminta untuk jawab kepada Lembaga Disiplin. Tak ada surat dikeluarkan Lembaga Disiplin untuk sekurang-kurangnya panggil saya jawab secara bertulis, tak ada,” katanya menerusi akaun TikToknya, malam ini.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat Hishammuddin ketika hadir Majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Sembrong bersama kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Sembrong pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, sebab seterusnya rayuan tidak dibuat kerana beliau seolah-olah dianggap sudah bersalah.



“Buat apa kita nak buat rayuan kepada orang yang sudah membuat keputusan untuk mengantung. Pada orang yang gantung kita, kita nak rayu kepada dia?

“Kalau kita rayu macam kita ini bersalah. Betul tak? Saya minta restu dan izin daripada keluarga Sembrong, kita kata, kalau saya nak rayu, saya tak tergamak nak buat rayuan,” katanya.

Hishammuddin dan beberapa pemimpin UMNO lain sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun, sekali gus menghalang beliau bertanding pada pemilihan UMNO bulan depan.

Pada 4 Februari lalu, UMNO Johor mahu Hishamuddin dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, yang turut digantung, mengemukakan rayuan dan membela diri terhadap pertuduhan serta sabitan yang dikenakan terhadap mereka. BH



Hishammuddin tak akan rayu, beri 4 sebab

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)



Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker