Kehendak Shahidan mahu akta lompat parti diketepikan sesuatu yang memalukan

Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mencadangkan agar akta antilompat parti diketepikan bagi memberi kebebasan kepada ahli parlimen untuk memilih kerajaan baru.

Shahidan berkata ini kerana kerajaan yang ada gagal menangani kenaikan harga barang.

“Rakyat sudah tidak dapat lagi perlindungan (kenaikan harga barang). Pegawai-pegawai kerajaan letih tentang apa yang berlaku. Saya cadangkan tindakan segera diambil.



“Kalau nak apungkan semua (harga) barang, saya sokong.

“‘Apungkan’ politik, benarkan akta lompat parti diketepikan agar semua orang yang mahu menyertai kami boleh,” katanya dalam ucapan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 28 Julai 2022, Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua per tiga.

RUU yang digubal berasaskan lapan parameter utama itu diluluskan menerusi undi belah bahagian selepas dibentangkan oleh perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker