Isu Palestin lebih besar dari kontroversi takbir

Kontroversi laungan ‘takbir’ tidak seharusnya menenggelamkan agenda utama Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena malam ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata tujuan utama demonstrasi malam ini adalah untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang sedang sengsara dan menderita berikutan konflik terbaharu Palestin-Israel.

“Saya harap sangat perkara kecil yang lain itu tidak menenggelamkan (isu yang sebenar) kerana perkara ini beri kesan. Kita tumpu pada benda kecil sedangkan kita perlu bersatu kepada perkara yang lebih besar.



“Harapan saya, semua umat Islam walaupun berlainan politik, janganlah kita tengok benda yang kecil itu sampai kita lupa benda yang lebih besar,” katanya kepada media selepas berucap pada Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di Studio TV Alhijrah di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menambah tiada isu bagi bukan Islam melaungkan ‘takbir’ dalam perhimpunan solidariti malam ini selagi ia tidak berniat jahat, sebaliknya kerana mahu menunjukkan sokongan kepada matlamat perhimpunan itu.

Menurutnya untuk pemahaman lebih jelas mengenai penggunaan ‘takbir’, orang ramai boleh merujuk kepada mufti.

Sementara itu, pada wacana itu Mohd Na’im berkata peranan media dalam melaporkan peperangan dan konflik adalah penting kerana ia akan memberikan orang ramai maklumat yang benar, tepat pada masanya dan liputan bertanggungjawab.



Beliau menambah peranan media penting kerana ia berfungsi sebagai sumber maklumat untuk orang ramai, dipertanggungjawabkan oleh pihak berkaitan dan untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman serta memberi penerangan mengenai pelanggaran hak asasi manusia, jenayah perang dan pencabulan undang-undang antarabangsa.

“Wacana hari ini tidak lain tidak bukan untuk meminta pelaporan yang adil dan saksama di Gaza dan Palestin dalam meningkatkan kefahaman tentang isu yang dihadapi,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker