Gadis 17 tahun hilang ketika pulang dari sekolah

J Nisha pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh

Seorang gadis berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas gagal ditemui ketika ibunya mahu menjemput mangsa pulang dari sekolah di Paloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata remaja berkenaan yang dilaporkan sebagai Orang Hilang, J Nisha, kali terakhir dilihat memasuki kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh, oleh ibunya, kira-kira jam 6.30 pagi.

Katanya, ibu mangsa, 42, percaya anaknya itu telah keluar semula dari kawasan sekolah setelah dia beredar dengan menunggang motosikal.

“Pada jam 2.30 petang semalam, ketika mahu menjemput Nisha, ibunya sedar dia masih belum keluar dari kawasan sekolah.



“Ibunya telah bertanyakan kepada guru kelas berkaitan anaknya dan guru kelas memaklumkan yang dia tidak masuk ke kelas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bahrin berkata, siasatan mendapati tiada sebarang masalah dan selisih faham dalam keluarga yang berlaku sebelum mangsa hilang.

“Mangsa tidak pernah keluar rumah dan tidak pernah mendatangkan masalah dalam keluarga,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa memakai baju seragam sekolah baju kurung putih, kain biru muda, kasut sekolah dan beg sekolah warna hitam.



“Keluarga tidak pasti mangsa ke mana pergi dan dengan siapa. Tiada saksi yang melihat kejadian mangsa keluar dari sekolah. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker