Kereta musnah terbakar, dua wanita hampir maut terselamat

Anggota BBP Sik memadam api pada sebuah kereta yang marak terbakar di tepi jalan Kampung Lubuk Tualang, Sik, petang tadi. NSTP/Ihsan BOMBA

SIK: Dua wanita terselamat apabila sempat keluar daripada kereta yang terbakar di tepi jalan Kampung Lubuk Tualang, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila wanita berusia 40-an yang memandu kereta bersama rakannya terhidu bau hangit dalam kenderaan yang dinaiki.

Katanya, mereka nekad keluar dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri dan bernasib baik kerana secara tiba-tiba kereta terbakar dan api marak dengan cepat.

“Kedua-dua wanita itu tidak cedera dan pasukan bomba tiba di lokasi dengan cepat untuk memadam api yang mengambil masa kira-kira 10 minit,” katanya ketika dihubungi.



Zulkhairi berkata, terdahulu, sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Syahril Salleh bersama lapan anggota digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 6.45 petang tadi.

Beliau berkata, punca serta kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa



Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker