Abang Saga pukul rider diburu polis

Abang Saga pukul rider diburu polis

POLIS kini memburu seorang lelaki yang bertindak memukul seorang penghantar makanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat – Klang, 7.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pengadu seorang lelaki berusia 21 tahun mendakwa telah ditahan oleh sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki oleh tiga lelaki.



Beliau berkata, salah seorang lelaki telah memukul dan merosakkan motosikal pengadu.

“Siasatan mendapati pengadu yang menunggang Yamaha 135LC telah membunyikan hon pada kereta Proton Saga yang dinaiki suspek kerana memandu secara berbahaya dan hampir melanggar pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu kereta telah menghalang pergerakan pengadu dan salah seorang suspek telah menolak pengadu sehingga jatuh.

Katanya, suspek telah mencekik, menumbuk muka, menendang perut dan kaki pengadu beberapa kali.



“Kejadian tersebut telah dileraikan oleh orang awam dan suspek sempat menendang motosikal pengadu sehingga jatuh serta rosak pada ‘cover set’ sebelum bertindak melarikan diri,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, pengadu mengalami kecederaan bengkak di bibir, tulang rusuk dan kaki serta mengalami kerosakan sebanyak RM250 untuk membaiki ‘cover set’ yang rosak.

Katanya, polis kini dalam usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dalam kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan. Utv



Abang Saga pukul rider diburu polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker