Tauke dedah 20 tahun seludup minyak, mampu jual lebih 5000 peket sehari

Gambar Hiasan

RANTAU PANJANG – Seorang tauke yang bertindak sebagai penyeludup mendedahkan dia mampu menjual 5,100 peket minyak masak bersubsidi sehari ke negara jiran bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Dakwa tauke berkenaan, kesemua minyak masak bersubsidi itu dibawa masuk ke negara jiran menggunakan pangkalan haram yang berada berhampiran Sungai Golok di sini.

“Permintaan tinggi daripada penduduk negara jiran menjadi faktor utama kami menyeludup selain daripada harga di sana yang lebih tinggi kerana perbezaan mata wang. Setiap kotak minyak masak peket yang berharga RM44 sekotak (di Malaysia) itu dijual dengan harga RM90 di Thailand.

“Jika di sini (Malaysia) minyak masak peket dijual dengan harga RM2.50 sepeket, kita tolak harga RM5.30 dan dijual di Thailand dengan harga sekitar RM6 hingga RM6.50,” katanya yang sudah 20 tahun terlibat dengan aktiviti penyeludupan.



Menurutnya, penyeludupan bukan tugas yang mudah dan perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Katanya, aktiviti menyeludup minyak masak bersubsidi dilakukan secara berkumpulan bagi memudahkan kerja-kerja membawa keluar bahan mentah itu.

Tauke tersebut berkata, setiap orang mempunyai tugasan masing-masing iaitu bermula dari ‘team’ mencari bekalan minyak masak peket daripada pemborong yang ada di sekitar Pasir Mas, Kota Bharu dan beberapa jajahan lain.

Katanya, kebiasaan ia melibatkan lima hingga enam buah kereta sehari.



Dia berkata, ‘team’ seterusnya akan membawa bekalan yang diperoleh ke transit yang ditetapkan berhampiran dengan Sungai Golok.

“Di sana semua bekalan yang diperoleh akan dikumpulkan sebelum dibawa masuk ke negara jiran. Apabila cukup bekalan yang dikehendaki ia akan dibawa ke pangkalan haram berhampiran Sungai Golok di mana di sana pihak dari Thailand sudah menanti di dalam perahu masing-masing.

“Kami hanya serahkan barangan sampai di situ sahaja, selebihnya tiada kaitan dengan kami lagi,” katanya.

Kata tauke itu, sepanjang proses itu berjalan ‘team’ yang mengambil upah mengangkut kotak minyak masak akan dibayar sebanyak RM2 bagi setiap kotak.



Katanya, sepanjang kerja ini dilakukan mereka turut memasang ‘mata-mata’ untuk menjaga kawasan sekitar bagi memastikan ia selamat dan bebas daripada kehadiran pihak berkuasa.

Dia berkata, ‘mata-mata’ ini akan dibayar upah sebanyak RM20 setiap orang dan jumlah tersebut terpaksa dirahsiakan.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini terdapat pelbagai taktik yang digunakan oleh penyeludup berskala besar bagi menjalankan kegiatan haram tersebut.

Antaranya ialah memunggah minyak masak peket menggunakan lori tanah, lori pasir, dan sebagainya bagi mengaburi mata pihak berkuasa.



Bukan itu sahaja mereka juga menggunakan modus operandi bergerak secara berkumpulan membeli barangan subsidi tersebut di kedai-kedai runcit serta pemborong yang ada di sini.

Pembelian tersebut dipercayai dilakukan dalam skala kecil dan dikumpulkan di transit rahsia seperti rumah kosong, rumah persendirian dan sebagainya.

LOKASI SASARAN

Sebagaimana yang diketahui Sungai Golok yang menjadi pemisah antara sempadan Malaysia-Thailand di negeri Kelantan yang bermula dari Jeli sehingga Pengkalan Kubor, Tumpat merupakan lokasi ‘panas’ melibatkan aktiviti penyeludupan.



Ini bukan perkara baharu, malah aktiviti itu sudah menjadi ‘darah daging’ dalam kalangan penduduk sejak sekian lama.

Sehingga kini kegiatan itu masih ‘bertahan’, malah ada dalam kalangan penduduk yang tinggal di tebing Sungai Golok menjadikan aktiviti penyeludupan sebagai ‘lubuk’ rezeki bagi menyara keluarga selain meneruskan kelangsungan hidup.

Faktor bentuk muka bumi yang beralun serta luas Sungai Golok dianggarkan sejauh 20 meter sahaja tanpa sebarang binaan tembok kekal menjadikan sempadan Malaysia-Thailand dilihat sentiasa terbuka untuk aktiviti berkenaan.

Antara barangan yang sering diseludup selain minyak masak peket ialah beras, pakaian, daging sejuk beku, kosmetik dan banyak lagi.



Selain itu dadah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) turut menjadi pilihan sesetengah penyeludup.

Mengikut maklumat dari Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melaksanakan pengawasan menerusi Op Wawasan Kelantan terdapat kira-kira 128 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pos Ibrahim Pencen di Rantau Panjang sehingga Pos Tanjong, Pengkalan Kubor, Tumpat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, unit risikan telah diperkemaskan dalam usaha mengumpul dan mendapatkan maklumat berkait dengan aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Beliau berkata, kerjasama dengan KPDNHEP dan pihak berkuasa negara jiran telah dilakukan dalam usaha membendung kegiatan tersebut.

“Saya telah mengarahkan semua ketua-ketua polis daerah berhampiran sempadan untuk memperkemaskan penugasan.

“Kita juga akan bekerjasama dengan KPDNHEP untuk menyemak jenama-jenama yang popular (diseludup ke negara jiran),” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker