Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac Dakwa Ada Kaitan Dengan ‘Orang Keliling’ Penyanyi Altimet

Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac Dakwa Ada Kaitan Dengan ‘Orang Keliling’ Penyanyi Altimet

Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku melibatkan keputusan jawatan Ketua Cabang PKR Ampang pada Pemilihan PKR 2022 yang diadakan semula, didakwa ada kaitan dengan ‘orang sekeliling’ penyanyi rap, Altimet.

Bagaimanapun, pelakon dan pengarah popular itu menegaskan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman tidak mempunyai sebarang kaitan dalam hal tersebut, dan tidak tahu apa yang berlaku.

Hans turut mengesahkan hubungannya dengan pelantun lagu Kalau Aku Kaya itu tidak mempunyai sebarang masalah.

“Altimet ini sahabat, jadi (apa yang berlaku) mungkin orang keliling dia lah, bukan Altimet.

“Apa yang telah berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan Altimet. Altimet sebenarnya tidak tahu apapun yang berlaku. Ada orang keliling dia, yang itu saya boleh pasti. Saya tak nak sebut nama, itu orang keliling dia.

“Sebab saya pun tanya Altimet, macam mana you boleh masuk Ampang? Dia cakap terus dengan saya bahawa dia ‘dapat wahyu. Saya (Altimet) tak ada duit’.. semua itu dia cakap dengan saya sendiri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Altimet dilapor menang dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Ampang selepas kiraan semula dibuat dengan undian 743 berbanding Hans yang memperoleh 734 undi.

Mengulas lanjut, pelakon filem Cuci itu menambah apa yang berlaku juga berada di luar kawalan Altimet.

“Ini kita biar kepada JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR) dengan pihak-pihak keliling itu untuk mereka nilaikan. Altimet tak ada apa, dia ini memang baik. Altimet sebenarnya tak tahu apa yang sedang berlaku,” ujar Hans lagi.

Hans yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata, beliau turut menghubungi Altimet untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan berkenaan.

“Semalam saya hantar mesej kepada dia, saya cakap ‘ia ucapan tahniah yang berat sebab kemenangan telah diambil daripada saya. Tetapi its okay, dan all the best’,” kongsi Hans.

Dalam masa yang sama, Hans sekali lagi menafikan dakwaan bahawa beliau cuba ‘melobi’ untuk meraih undi pada Pemilihan PKR 2022, dan bersikap rasis.

“Ini datang daripada pihak lawan, tetapi (pengundi) Ampang ini boleh nilaikan. Mereka tahu apa yang berlaku, mereka tahu kerja dan usaha saya di Ampang ini selama dua, tiga tahun ini.

“Muka-muka yang bertanding ini banyak tak buat apa pun di Ampang. Datang letak (pencalonan) kata ada wahyu lah atau macam-macam… Mereka gunakan nama wahyu.

“Jadi biarlah mereka punya hak dan cara untuk melobi, atau cara nak menangkan jawatan itu. Tetapi saya tidak akan main permainan itu, saya duduk tegak dengan integriti. Kalau nak menang, menang dengan cara yang betul,” tegas Hans.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan Hans menang jawatan Ketua Cabang PKR Ampang selepas pemilihan kali kedua dijalankan dengan memperoleh 748 undi, menewaskan pencabar terdekat Altimet dengan perbezaan dua undi, iaitu 746 undi.

Sebelum proses pemilihan kedua dijalankan, Daing Muhammad Reduan Bachok dilapor menewaskan Hans dan Altimet apabila beliau menerima jumlah undian tertinggi iaitu 942 undi.

Bagaimanapun, berikutan dakwaan pelanggaran etika dalam pemilihan cabang berkenaan, JPP PKR telah menubuhkan panel siasatan yang kemudiannya mendapati Daing Muhammad terlibat dalam kegiatan “membeli undi”.-AA

Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac Dakwa Ada Kaitan Dengan ‘Orang Keliling’ Penyanyi Altimet

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker