Harimau muncul mengejut dan dilanggar dirakam dashcam kereta

Tangkap layar ‘dashcam’ memaparkan seekor harimau melintas jalan secara tiba-tiba.

 

PETALING JAYA – Tular di media sosial sejak semalam satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsi Fareez Azman di Facebook memaparkan seekor harimau secara tiba-tiba melintas jalan sehingga berlakunya kemalangan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, dimaklumkan kejadian berlaku di Jalan Tok Bok, Selising, Kelantan kira-kira pukul 7.44 malam kelmarin.

“Selalu korang tengok kereta langgar lembu sahaja, kali ini Pak Belang kena hentam dengan kereta,” tulisnya.



Sementara itu, keadaan laluan tersebut dilihat agak gelap tanpa sebarang lampu jalan menjadikan pandangan pemandu kenderaan yang melaluinya agak terhad.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan ada juga berseloroh dengan meninggalkan kata-kata lawak berhubung insiden tersebut.

“‘Presiden’ Maybank lari, duit tukar untuk Raya Haji dah habis,” kata Muzakir.

“Ini mesti kes tertinggal bas, kelam-kabut harimau itu lari, sakit juga badan dia kena langgar, harap pemandu dan harimau selamat,” ujar Atikah Said.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker