Konsert Coldplay mungkin tambah sehari lagi

,

Konsert Coldplay mungkin tambah sehari lagi

Penganjur tidak menolak kemungkinan konsert sulung Coldplay pada November nanti ditambah sehari lagi susulan permintaan tinggi.

Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Para Rajagopal berkata, terlalu banyak aspek perlu diambil kira bagi menunaikan hasrat peminat.



“Segalanya ada kemungkinan. Perbincangan masih berjalan mengenai banyak perkara. Kami tak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata demikian susulan petisyen dalam talian untuk Coldplay mengadakan konsert hari kedua di Malaysia selepas kumpulan rock British itu mengumumkan konsert hari kedua bakal diadakan di Kaohsiung, Taiwan.

Konsert Coldplay: Music Of The Spheres dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Nov ini.

Para menyarankan peminat sentiasa mengikuti pengumuman terbaru di saluran penganjur, selepas lebih 700,000 peminat berebut tiket pada 17 Mei lalu yang habis dijual dalam masa tiga jam saja.



“Sangat berbeza dengan pembelian tiket penerbangan atau tempahan hotel. Tekanan menimpa keseluruhan infrastruktur digital cukup berlainan.

“Secara total, saya rasa kami tiada kawalan terhadap siapa berjaya dapat tiket dan pada jam berapa. Kami buka kepada sesiapa saja untuk masuk dalam sistem, tapi semestinya ada had tiket dijual.”

Pada 10 Mei lalu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Nasrudin Hassan menasihatkan kerajaan membatalkan konsert Coldplay kerana menggalakkan “budaya hedonisme dan songsang”.

Konsert Coldplay mungkin tambah sehari lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker