Biodata Artis Haqiem Rusli, Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Haqiem Rusli, Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Haqiem Rusli, Profail dan Latar Belakang

Ridzuan Haqiem Rusli (Jawi: رضوان حكيم رسلي; lahir 15 Mac 1998) merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan pelakon lelaki Malaysia Haqiem memulakan langkah dalam dunia hiburan setelah menjadi naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim pertama. Pada tahun 2016, beliau melancarkan album studio pertamanya, Segalanya.

Kehidupan awal

Haqiem dilahirkan dan dibesarkan di Hulu Langat, Selangor. Beliau merupakan anak kepada pasangan Rusli Abdul Manaf dan Nazrah Ahmad Nordin serta anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Raya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor.



Adik bongsunya, Zali Rusli turut berkecimpung dalam bidang muzik.


Baca Artikel Menarik:

Netizen kata muka isteri Haqiem Rusli mirip Kak KM


Kerjaya

Haqiem Rusli mula bertapak dalam industri muzik tanah air ketika berusia 10 tahun apabila beliau menyertai sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim pertama di TV9 pada tahun 2008 dan berjaya menjadi naib juara.



Beliau meneruskan perjalanan seninya dengan menganggotai kumpulan The Beesings, yang memulakan kerjaya pada tahun 2012 dan pada asalnya terdiri daripada lima orang ahli iaitu Haqiem sendiri, Azzam Sham, Fimie Don, Didi Astillah dan Aida Ross]

Kemudian pada 2014, Haqiem menyertai pertandingan nyanyian Idola Kecil Ultra (TV9) yang merupakan rancangan nyanyian yang menggabungkan bekas juara dan peserta pilihan Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam untuk kembali berentap di satu pentas. Namun, Haqiem tidak berjaya mara ke peringkat akhir.

Pada penghujung tahun yang sama beliau menyertai sebuah lagi pertandingan nyanyian lain yang menampilkan kumpulan remaja di TV9 Pop Krew, rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil yang boleh menyanyi dan menari. Haqiem menganggotai kumpulan Novemboys yang menjadi anak didik penyanyi Tomok dan berjaya menjuarai pertandingan itu.

Haqiem menyertai program nyanyian realiti TV3, Mentor Milenia 2016 dengan menggunakan nama pentas Haq. Beliau mengikuti ujibakat mentor Black dan berjaya disenaraikan sebagai antara peserta terbaik selain Qody dan Wanie yang bakal dipilih menjadi protege Black. Semasa persembahan penentuan, Haqiem menyanyikan lagu “Bukan Dia Tapi Aku” nyanyian asal Judika, namun tidak berjaya dipilih sebagai protege Black pada persembahan itu.




Baca Artikel Menarik:

Watie Hanifiah Soal Shuib – Awak tak malu kan terbawa saya masuk televisyen?”


Walau bagaimanapun pada 2016, Haqiem telah menandatangani kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah dua tahun menjadi artis di bawah label rakaman itu, beliau berjaya mengeluarkan beberapa buah single hit antaranya “Segalanya”, “Tergantung Sepi” dan “Jatuh Bangun” (duet bersama Aman RA).]

Haqiem berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi dua buah lagu iaitu “Segalanya” dan “Tergantung Sepi”, namun hanya lagu “Tergantung Sepi” yang berjaya mara ke peringkat akhir dan tuah menyebelahi Haqiem apabila lagu ciptaan Ibnu dan Gouffran itu berjaya memenangi tempat ketiga. Album pertamanya, Segalanya dikeluarkan pada April 2018 memuatkan 8 lagu termasuk sebuah lagu berbahasa Inggeris, “Qiemillio”.



Selain itu, Haqiem turut menyertai program Fantastik 4 Hot FM, sebuah program realiti nyanyian ‘on-air’ dan digital yang dianjurkan sepenuhnya oleh Hot FM. Haqiem berjaya menjadi juara pada minggu pertama dan keempat, namun tidak berjaya menjadi juara keseluruhan.

Beliau juga turut diberi kepercayaan oleh Astro Ria untuk menyanyikan lagu tema Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) yang bertajuk “Meletop”, kolaborasi bersama Aziz Harun dan Alif.

Haqiem sekali lagi berjaya membawa dua buah lagu ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 iaitu “Selamat Tinggal Sayang” dan “Jatuh Bangun” kolaborasi bersama Aman RA. Namun sama seperti tahun yang lalu, hanya sebuah lagu sahaja iaitu “Jatuh Bangun” yang berjaya ke peringkat akhir.


Baca Artikel Menarik:

Buka komen Instagram, isteri Haqiem Rusli ‘lenjun’ dikecam




Sejak terlibat dalam industri muzik, Haqiem bukan sahaja mencipta lagu untuk dirinya sendiri malah beliau turut menghasilkan lagu untuk penyanyi popular lain seperti Sufi Rashid, Tajul Ariff dan Usop. Usaha beliau membuahkan hasil apabila bakatnya telah diiktiraf oleh Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) dengan memenangi Anugerah Komposer Muda Berpotensi 2019. Haqiem juga turut mendapat anugerah khas daripada Astro dalam kategori Komposer Meningkat Naik di Konsert Throwbaek 2019.

Haqiem berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) melalui lagu “Lembah Kesepian”, dan lagunya berjaya memenangi Anugerah Pilihan Peminat Setel yang dipilih melalui undian dalam aplikasi Setel, bermula 30 Januari 2020.

Pada November 2020, Haqiem bekerjasama dengan Naim Daniel dan Hael Husaini menerusi lagu bertajuk “Lara”.



Pada 13 November, beliau telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33. Turut memenangi Penyanyi Lelaki Popular dan Lagu Paling Boom Popular menerusi “Lembah Kesepian” di anugerah sama.

Di Anugerah MeleTOP Era 2020 yang berlangsung pada 20 Disember, Haqiem bersama Siti Nordiana meraih kemenangan besar.


Baca Artikel Menarik:

Haqiem, isteri saman stesen minyak punca kerosakan kereta


Kehidupan peribadi

Haqiem mendedahkan dalam satu temubual pada Julai 2018 bahawa beliau disahkan menghidap moderate depression (kemurungan sederhana) oleh pakar psikiatri di sebuah hospital swasta pada 6 Julai.

Haqiem menunaikan hasrat ibunya, Nazrah Ahmad Nordin untuk membeli kereta Proton X70 yang dianggarkan bernilai RM122,800. Menurutnya, hasrat itu telah diluahkan oleh ibunya sejak awal 2020. Beliau berkata kepada Harian Metro: “…sekarang baru ada rezeki untuk kami beli. Saya dan ibu, berkongsi wang membelinya bersama-sama”.

Pada Oktober 2020, beliau telah membeli kereta Mercedes-Benz GLC200 yang bernilai RM200,000. Beliau turut memilih tahun kelahirannya, 1998 sebagai nombor pendaftaran keretanya.

Dan Beliau juga memiliki sebuah restoran yang beroperasi di Setapak.

Beliau disahkan negatif COVID-19 selepas melakukan ujian calitan pada Januari 2021.

Pada 19 November 2021, Haqiem sah bergelar suami kepada Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dengan dua kali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pada jam 3.40 petang. Pasangan iini dinikahkan oleh jurunikah yang juga Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Ustaz Zamzuri Ruslan dengan mas kahwin RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000. Majlis perkahwinan mereka dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat.


Baca Artikel Menarik:

“Hang jantan bro, jangan jadi dayus” – Netizen nasihat Haqiem Rusli

Haqiem Rusli
Nama lahir Ridzuan Haqiem bin Rusli
Kelahiran 16 Jun 1998 (umur 24)
Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Genre Balada, pop, R&B, slow rock,
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik, penerbit rakaman
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2008–kini
Syarikat rakaman
FMC Music
Pengkarya berkait
Didi Astillah, Aman RA, Azzam Sham, Aziz Harun, Alif Abdullah, The BeeSings
Pasangan Wan Anis Sofea Wan Zamzuri (k. 2021)[1]

Biodata Artis Haqiem Rusli, Profail dan Latar Belakang

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker