Ditemui lemas selepas jatuh dalam longkang

Ditemui lemas selepas jatuh dalam longkang

RAWANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, yang dihanyutkan air deras selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang di kawasan perumahan di Taman Pelangi, Rawang ditemukan meninggal dunia kira-kira 7.45 malam ini.

Komander Operasi Balai Bomba Rawang Abdul Latif Mat Noor berkata mayat Muhammad Adam Fahmi Mohd Hizlan ditemukan di sungai berhampiran pusat servis kereta Toyota Rawang, oleh penduduk yang menyertai operasi terbabit.



Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 6.19 petang tadi.

Beliau berkata dua buah jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba Rawang digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira empat minit kemudian.

Sementara itu, bapa Muhammad Adam, Mohd Hizlan Muhd Azemi berkata beliau bersama penduduk sekitar terus mencari anaknya sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa.

“Saya memang ada di rumah semasa kejadian. Saya dimaklumkan anak saya tergelincir sebelum terjatuh (ke dalam longkang). Beberapa rakannya yang ada di tempat kejadian cuba membantu tetapi keadaan air longkang yang deras mengakibatkan anak saya dihanyutkan ke sungai berhampiran,” katanya kepada Bernama.



Seorang daripada kira-kira 10 orang penduduk yang menjumpai mayat mangsa, Muhd Suhaimi Sulaiman berkata kanak-kanak itu ditemukan terapung berhampiran sebatang pokok yang hanyut di dalam sungai berkenaan. FMT

Ditemui lemas selepas jatuh dalam longkang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker