Mayat anggota komando lemas di Melaka ditemui di Selangor

Mayat anggota komando lemas di Melaka ditemui di Selangor

MELAKA: Mayat anggota komando yang lemas ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Undan 7 Feb lepas, ditemukan terdampar di pantai bakau Tanjung Sepat, Selangor, hari ini.

Pengarah Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan, Iskandar Ishak berkata mayat lengkap berpakaian sut penyelam itu ditemukan orang ramai kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.



Beliau berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat dari Balai Polis Kandang memaklumkan mengenai penemuan itu dan pihak Pusat Latihan Peperangan Khusus mengesahkan mengenai mayat ditemukan orang awam itu sebelum dihantar ke Hospital Banting, Selangor untuk siasatan lanjut.

“Dengan penemuan mayat pelatih penyelam tersebut, SAR ditamatkan pada 2.30 petang dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia juga dimaklumkan mengenai penemuan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada tentera, polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan komuniti nelayan yang terlibat sepanjang SAR tersebut.

Isnin lalu, Maritim menangguhkan SAR berkenaan selepas pencarian yang memakan masa selama tujuh hari gagal menemukan sebarang petanda mengenai kehilangan mangsa.



Pada 7 Feb lepas, Edrin Baintim, 25, anggota Tentera Darat dipercayai daripada Grup Gerak Khas (GGK) dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.

Mangsa dikatakan hilang ketika latihan eksesais ‘Pari Harimau’ iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari Pulpak Sungai Udang. FMT

Mayat anggota komando lemas di Melaka ditemui di Selangor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker