Elizabeth Tan emosi pulak

Elizabeth Tan emosi pulak

Bimbang kehadiran cahaya mata menjejaskan karier seni, pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan berbelah bahagi untuk memiliki zuriat.

Dalam linangan air mata, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy memberitahu, jika diikutkan, dia mahu menimang zuriat tahun ini.



“Memang saya pernah beritahu mahukan anak tahun ini. Jujurnya, saya teringin sangat bergelar ibu.

“Tambahan pula, usia bakal menginjak 30 tahun… Saya bukan lagi muda. Ibu saya juga makin berusia, jadi, kalau boleh, saya ingin memberinya cucu.

“Tetapi apabila memikirkan kehadiran zuriat mungkin memberi kesan kepada kerjaya seni, saya jadi berbelah bahagi.

“Jika mengandung, saya terpaksa bercuti setahun. Selepas itu, watak yang diberi pasti berbeza daripada sekarang. Jadi, saya risau setiap kali memikirkannya,” katanya ditemui di lokasi penggambaran siri Viu Original, W: Two Worlds di sini, hari ini.



Elizabeth yang memegang watak Hanna dalam siri arahan Datuk Yusry Abd Halim itu sangat emosi hingga menitiskan air mata di hadapan wakil media.

Tambah Elizabeth, kedudukan ekonomi juga menjadi salah satu faktor membuatkan dirinya tertekan.

“Suami saya hanyalah doktor pelatih. Jujur saya akui, gajinya tidaklah sebesar mana.

“Jadi kebanyakan perbelanjaan seperti ansuran rumah, kereta dan keperluan ibu bapa, saya yang tanggung.



“Kalau boleh, saya tidak mahu kecewakan sesiapa. Tetapi memikirkan perkara itu memberi tekanan buat diri saya yang benar-benar mahukan anak,” katanya.

Ujar penyanyi lagu Knock-Knock itu lagi, melihat kerjaya ramai artis wanita yang menjunam selepas memiliki cahaya mata, menambahkan kebimbangan.

“Saya sudah lihat banyak contoh. Ramai penyanyi wanita yang meniti kemuncak populariti, tiba-tiba menjunam selepas berkahwin dan memiliki anak.

“Sementara penyanyi baharu pula silih berganti. Bila-bila masa kami boleh dilupakan. Jadi perkara itu sangat merisaukan saya,” katanya.



Ditanya apakah keluarganya mendesak, Lizzy bersyukur ibu bapa memahami situasi dilalui dan tidak pernah memaksa dirinya dan suami segera menimang cahaya mata.

Elizabeth mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim, 32, pada 21 Mac 2021 pada majlis kecil-kecilan yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19. BH

Elizabeth Tan emosi pulak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker