Lari sekatan jalan, penunggang motosikal lawan arus rempuh kereta (Video)

Lari sekatan jalan, penunggang motosikal lawan arus rempuh kereta (Video)

SUNGAI BULOH – Cubaan berani seorang penunggang motosikal melawan arus bagi melarikan diri melalui sekatan jalan raya yang dilakukan anggota polis gagal selepas bertembung dengan sebuah kereta di Subang Perdana, kelmarin.

Lelaki tersebut bertindak demikian kerana tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal telah tamat tempoh.



Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya mengesan video tular sebuah motosikal cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dengan cara memandu lawan arus semalam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah kereta jenis Proton Persona sekitar pukul 6.17 petang kelmarin.

“Kejadian berlaku apabila suspek berpatah balik melawan arus lalu melanggar bahagian hadapan kereta yang datang dari arah sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Shafaaton, akibat kemalangan itu, suspek telah mengalami luka kecil dan telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.



“Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh. Kes disiasat dibawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. K Online

https://fb.watch/lpGhh_J4ea/?mibextid=Nif5oz

Lari sekatan jalan, penunggang motosikal lawan arus rempuh kereta (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker