Ara diserang lelaki ‘gila seks’

Ara diserang lelaki ‘gila seks’

Penyanyi Ara Johari berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa serangan seksual seorang lelaki tidak dikenali usai membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Menurut Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izzatie Johari, dalam kejadian tersebut, tangannya telah dicium berkali-kali dengan rakus seorang lelaki yang mulanya disangka sebagai peminat.



“Semalam ada seorang lelaki datang untuk bergambar dengan saya (selepas selesai buat persembahan). Ketika itu ada pengurus dan ibu saya.

“Selepas ambil gambar, dia tiba-tiba hulur tangan untuk bersalaman,” kata Ara yang mengakui tidak selesa untuk bersalaman dengan lelaki asing.

Enggan dilabel sebagai artis sombong, Ara juga menghulurkan tangan untuk bersalaman, sebelum lelaki itu bertindak diluar dugaan.

“Bila dah salam, tiba-tiba dia genggam tangan saya kuat-kuat. Dalam hati dah istighfar takut apa-apa jadi.



“Dia terus tarik tangan saya dengan kuat, dan cium sebanyak dua kali dengan bersungguh-sungguh (rakus),” ujarnya.

Disebabkan terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, pelantun lagu Bunga itu cuba melepaskan diri, namun gagal kerana tangannya digenggam dengan kuat.

Ketika lelaki itu cuba melarikan diri, Ara telah menjerit dengan kuat sehingga menarik perhatian orang awam yang ada di lokasi kejadian.

Hasil bantuan orang ramai, lelaki terbabit berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis.



“Dia lari melintasi seberang jalan. Namun orang awam yang mendengar jeritan saya berjaya menahan si pelaku dan menyerahkan kepada pihak polis yang tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Menerusi perkongsian InstaStory sama, penyanyi itu turut berkongsi sosok lelaki tersebut, namun tidak mendedahkan wajahnya.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, Ara telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Nilai kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Trauma dengan kejadian yang berlaku, Ara menasihati golongan wanita terutamanya selebriti untuk berhati-hati supaya tidak berdepan dengan kejadian sama.



“Wanita-wanita diluar sana terutamanya public figure (artis), tolonglah lebih berhati-hati. Sebab kita tidak tahu niat orang dekat kita.

“Kalau minat dekat artis sekalipun, janganlah terlampau fanatik dan melampaui batas,” ujarnya. K Online

Ara diserang lelaki ‘gila seks’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker