Hampir 85 peratus sudah buat keputusan hendak undi siapa – Megat


Hampir 85 peratus sudah buat keputusan hendak undi siapa – Megat

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yakin lebih 85 peratus pengundi sudah memuktamadkan siapa yang akan diundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Mengakui ia pandangan peribadinya namun susulan turun padang dan berpengalaman menjadi calon pada PRU lepas, rata-rata penundi sudah membuat keputusan.

Bakinya hanya ‘tunggu dan lihat’ berdasarkan senario politik nasional sebelum mengundi.



“Saya dapat rasakan suasana cukup berbeza, pada andaian saya 80 hingga 85 peratus pengundi kita buat keputusan siapakah yang akan mereka undi. Tidak kira kempen macam mana sekali pun, rata-rata mereka sudah buat keputusan itu.

“Kebanyakan pengundi dan rakyat di sini yang saya jumpa mahu kestabilan politik yang telah kita hilang sejak 2018 sehinggalah 2022. Pengalaman cukup berharga itu juga telah pengalaman buruk kepada masyarakat kita.

“Kini apa yang mereka mahukan cuma biarlah kerajaan negeri dan pusat, wakil rakyat mereka dari peringkat DUN hinggalah Parlimen semuanya selari dan sealiran.

“Segala limpahan nikmat itu akan dapat dirasai oleh semua andainya itu berlaku. Rakyat juga ketika ini sudah faham tentang perkara ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Pusu di sini petang ini.



Namun Megat yang juga Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu tidak sesekali ambil mudah.

“Kita tidak akan sesekali ambil mudah. Saya ucapkan terima kasih kepada jentera PH dan BN yang bertungkus lumus siang malam. Tidak ada isu kononnya berlaku apa-apa sabotaj sebaliknya kami bekerja dalam satu pasukan, kemenangan saya di sini juga adalah milik PH, begitu juga kemenangan Menteri Besar di Sungai Tua itu milik BN dan juga Hulu Kelang yang ditandingi oleh Juwariya daripada PKR.

“Kita masih rasa kita ini underdog yang akan lawan dengan penyandang terus santuni jelaskan yang boleh berikan,” ujarnya. MG

Hampir 85 peratus sudah buat keputusan hendak undi siapa – Megat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai



Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah



Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker