Banyak tuduhan dibuat terhadap saya – Ayob Khan

Banyak tuduhan dibuat terhadap saya – Ayob Khan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan banyak pihak cuba menjatuhkan beliau dengan membuat tohmahan terhadap dirinya dan keluarga.

Ayob Khan berkata, tohmahan itu diterimanya kerana pendirian beliau yang tegas dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).



“Banyak tohmahan dan tuduhan dibuat terhadap saya, nak siasat silakan. Siasat isteri, anak, ibu bapa dan adik beradik saya, tiada masalah.

“Macam Dellhan (Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya) yang macam-macam orang bagi tohmahan sebab orang nak tukar (jawatan) dia dan letak orang mereka.

“Sebagai pemimpin, kita kena berani tegur. Kalau takut, habis lah,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti 2023 oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap arahan dan amanat perlu benar-benar dihayati bagi mengelak rasuah serta budaya kerja negatif dalam pasukan. dia.



“Misalnya dalam pasukan polis, ada budaya yang tak elok tidak ditinggalkan. Katakan ada pegawai baru keluar dari Pulapol (Pusat Latihan Polis) bercampur dengan majoriti (pegawai atau anggota) tak betul, mereka akan ajar benda tak elok.

“Kalau nak berubah, pastikan yang peringkat atas (pegawai kanan) adalah betul. Jika Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Negeri dan Pengarah tak betul, macam mana nak budayakan perkara ini.

“Memang sukar nak ubah perkara ini sebab budaya itu sudah ada. Ia akan memakan masa untuk berubah, tetapi tidak mustahil kerana ia (perubahan) wajib dilakukan,” katanya.

Menceritakan pengalaman bertugas sebagai Ketua Polis Johor sebelum ini, Ayob Khan berkata, ada individu meminta beliau untuk mengikut apa sahaja ‘arahan’ diterima.



“Seminggu sebelum saya bertukar, ada orang cakap saya perlu ikut sahaja. Ada yang kata ‘Datuk jaga itu sahaja, yang lain kami jaga’. Apa yang kamu nak jaga? Saya ‘micro-manage’ (bergerak sendiri dan tanpa pengawasan).

“Sebab itu orang masih ingat lagi waktu saya di Johor kerana di sana orang bagi sokongan padu (kepadanya) sehingga ada yang (pegawai) pangkat Senior Asisten Komisioner dan Ketua Polis Daerah pun saya tangkap.

“Kalau kita mahu, kita boleh buat cuma kena konsisten dan saya yakin perubahan boleh dibuat,” katanya. HM

Banyak tuduhan dibuat terhadap saya – Ayob Khan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker