Wanita rompak 10,000 donat

Kejadian itu berlaku ketika pemandu van memasuki stesen minyak. – 9 News

Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an di Australia melarikan sebuah van yang membawa 10,000 keping donat Krispy Kreme, lapor akhbar The Herald Sun.

Rompakan itu berlaku sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) di barat laut Sydney pada Rabu lalu. Suspek didakwa memasuki van itu ketika pemandunya berhenti di sebuah  stesen minyak di Carlingford.

Jurucakap Krispy Kreme Australia berkata, van itu dalam perjalanan untuk menghantar 10,000 donat ke beberapa buah kedai di Newcastle.

Ketua rangkaian bekalan Krispy Kreme ANZ, Lenny Reddy berkata, pihaknya segera membuat laporan polis berhubung kejadian itu.



“Pasukan kami berusaha menggantikan 10,000 donat dicuri yang dibuat segar setiap hari ke destinasi yang dituju,” katanya.

Suspek dikenal pasti sebagai seorang penduduk di Pulau Selat Torres, berusia dalam lingkungan 30-an, berambut hitam atau perang. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker