Zahid bersemangat dan tidak sabar mahu kembali bekerja

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dia tidak sabar untuk kembali bertugas dan memberikan yang terbaik dalam menjalankan amanah dipertanggungjawabkan.

Menerusi catatan di Facebook rasminya, Ahmad Zahid yang kini dalam tempoh berehat selepas menjalani pembedahan baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menziarahinya sebelum menghadiri Karnival Usahawan Desa di Putrajaya hari ini.

“Moga jalinan ukhwah ini terus berkekalan dan mendatangkan kebaikan bersama demi rakyat dan negara,” katanya.



Ahad lepas anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh



Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker