Ibu tunggal, peniaga rugi lebih RM147,000 diperdaya ‘scammer’
Ibu tunggal, peniaga rugi lebih RM147,000 diperdaya ‘scammer’

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal dan peniaga kerugian RM147,235 selepas menjadi mangsa dua kes penipuan berasingan membabitkan ‘penipuan cinta’ dan tender sekolah palsu di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kes pertama, seorang wanita berusia lewat 30-an yang bekerja sebagai pembantu kedai kerugian RM60,500 selepas diperdaya lelaki dikenali menerusi aplikasi TikTok.

Katanya, mangsa mula berkenalan dengan lelaki menggunakan nama ‘Fazrul Mohamad’ pada April lalu sebelum mereka berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
”Pada 10 April lalu, suspek meminta mangsa membuat bayaran tempahan hotel sebelum wanita itu memindahkan wang sebanyak RM500 ke akaun Touch ‘n Go atas nama Nur Hidayah Binti Mahidin.
”Suspek kemudian sekali lagi meminta bantuan kononnya bagi membuka semula akaun bank miliknya yang disekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis
- Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
Azli berkata, pada 22 April lalu, mangsa membuat pindahan wang RM60,000 melalui kaunter Bank Rakyat ke akaun CIMB atas nama Suzana Binti Bahari.
Menurutnya, keseluruhan kerugian dialami mangsa membabitkan wang simpanan serta pinjaman peribadi yang dibuat dengan Bank Rakyat.
Dalam kes berasingan, seorang peniaga berusia 54 tahun pula kerugian RM86,735 selepas ditipu sindiket tender pembekalan perabot sekolah tidak wujud.
Beliau berkata, mangsa didatangi seorang lelaki Melayu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Cikgu Faizal’ dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa ketika berada di kedainya pada 30 April lalu.
”Individu terbabit pada awalnya berbincang mengenai pembekalan jubin kepada pihak sekolah sebelum turut membuat tempahan 45 set meja dan kerusi kantin bernilai RM122,450.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Warga KEMAS: RM143,239 Dikumpul Bantu Mangsa Kebakaran Kampung Bahagia
- RIMBUN 2.0 Jadi Medan Wacana Kedaulatan Ekonomi Negara – Syauqi
- Penerangan UMNO Bergerak Proaktif, Tangani Persepsi Rakyat
Dr Akmal Tegur Pihak Pertikai Titah Sultan Selangor, Henti Politikkan Isu
”Mangsa kemudian dicadangkan berurusan dengan seorang pembekal dikenali sebagai Kevin yang didakwa mewakili syarikat Home Hisya Trading sebelum membuat dua transaksi deposit berjumlah RM86,735 ke akaun syarikat Noviti Construction pada 6 dan 7 Mei lalu,” katanya.
Azli berkata, mangsa mula berasa curiga sebelum pergi ke SMK Bukit Sawa pada 9 Mei lalu bagi mendapatkan pengesahan lanjut.
”Hasil semakan mendapati tiada sebarang urusan pembelian atau penghantaran barang seperti didakwa dan dokumen diterima mangsa juga adalah palsu.
”Kedua-dua mangsa kemudian menyedari mereka ditipu sebelum tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Ibu tunggal, peniaga rugi lebih RM147,000 diperdaya ‘scammer’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.