Pecah rumah: Barang kemas dan jam tangan cecah RM800,000 lesap, 3 kesan cap jari ditemui
Pecah rumah: Barang kemas dan jam tangan cecah RM800,000 lesap, 3 kesan cap jari ditemui

KUALA LUMPUR: Barang kemas serta jam tangan dengan jumlah nilai dianggarkan mencecah RM800,000 dilaporkan hilang selepas sebuah rumah di Taman Melawati, Ampang dekat sini, dipecah masuk, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, berkata terdahulu pengadu tiba di kediamannya kira-kira jam 11.30 malam dan mendapati ruang tamu dan beberapa bilik berada dalam keadaan berselerak.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati pintu belakang rumah mempunyai kesan umpilan dan dipercayai dipecah masuk.
“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati suspek dipercayai masuk melalui pintu belakang dengan cara mengumpil gril dan pintu rumah sebelum menggeledah beberapa bahagian dalam kediaman terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis
- Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
“Beberapa barang kemas serta jam tangan dipercayai hilang dalam kejadian itu dengan keseluruhan kerugian dianggarkan RM800,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain itu, Khairul Anuar berkata, hasil pemeriksaan turut menemui tiga kesan cap jari bagi siasatan lanjut.
“Siasatan diteruskan dan kita mohon individu yang ada maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai dinasihat memastikan rumah sentiasa berkunci serta meningkatkan ciri keselamatan bagi mencegah kejadian pecah rumah.
Pecah rumah: Barang kemas dan jam tangan cecah RM800,000 lesap, 3 kesan cap jari ditemui
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.