Imigresen serbu premis makanan gaji PATI, tahan 27 individu
Imigresen serbu premis makanan gaji PATI, tahan 27 individu

KOTA TINGGI: Jabatan Imigresen menggempur premis makanan disyaki menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan penahanan 27 warga asing di sekitar bandar raya ini kelmarin.
Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata operasi bermula jam 3 petang itu dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam.
“Pemeriksaan dilakukan ke atas pekerja warga asing dan majikan susulan aduan awam berhubung kegiatan menggaji PATI di premis makanan.
“Hasil pemeriksaan seramai 27 pekerja warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk tinggal lebih masa, penyalahgunaan pas serta bekerja tanpa permit sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rusdi berkata, mereka yang ditahan adalah 18 lelaki warga Myanmar dan masing-masing seorang lelaki warga Bangladesh, Pakistan, Nepal dan enam wanita warga Myanmar berusia antara 19 hingga 46 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis
- Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
Katanya, semua warga asing terbabit dipercayai bekerja sebagai pelayan restoran dan tukang masak di premis makanan berkenaan.
Katanya, semua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Mereka ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika bagi siasatan lanjut.
“Selain itu, tiga Borang 29 iaitu saman kepada saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan,” katanya.
Imigresen serbu premis makanan gaji PATI, tahan 27 individu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.