2 warga Singapura rentung Ferrari dinaiki terbabas, terbakar
2 warga Singapura rentung Ferrari dinaiki terbabas, terbakar

KOTA TINGGI: Dua warga Singapura maut selepas kereta Ferrari yang mereka naiki terbabas sebelum terbakar di Kilometer 57.5, Jalan Johor Bahru-Mersing pagi tadi.
Mangsa yang maut adalah pemandu Yeo Tian Wen, 34, dan penumpang yang dipercayai teman wanitanya, Ng Puay Ying, 33.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian jam 9 pagi hasil laporan orang awam.
@bharianmy 2 warga Singapura rentung Ferrari dinaiki terbabas, terbakar #BeritaDiTiktok
“Kemalangan membabitkan kereta jenis Ferrari dipandu lelaki terbabit bersama-sama wanita di tempat duduk depan penumpang.
“Kereta itu dipercayai terbabas sendiri lalu kemalangan dan mengakibatkan kedua-dua mangsa cedera parah di badan, terbakar dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
2 warga Singapura rentung Ferrari dinaiki terbabas, terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.